Blog Widget by LinkWithin

Penyakit Ganjil Akhir Zaman

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 4:47 PM | 0 comments »


Kemunculan penyakit-penyakit berjangkit yang baru seperti Coxsackie, HIV, JE, SARS, Selsema Burung dan kini pula Selsema Babi telah mengancam kesihatan awam di seluruh dunia.
Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat.

Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;

"Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil)." (HR: Ibnu Majah)

Sama-samalah kita renungi hadis tersebut juga berwaspada terhadap penyakit-penyakit ini.

0 comments

Post a Comment