Blog Widget by LinkWithin

Masjidillharam Mempunyai Nama Yang Lain

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 2:17 PM | 0 comments »





Baitulharam:
Firman Allah s.w.t:
(جَعَلَ اللَّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَامًا لِلنَّاسِ)
Yang bermaksud: Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup).

Kaabah:
Dinamakan dengan nama Kaabah: Kerana bentuknya adalah empat persegi, setiap binaan yang tinggi dan berbentuk empat persegi dinamakan Kaabah.

Masjidilharam:
Firman Allah s.w.t:
(فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ)
Yang bermaksud: Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letak Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.

Baitul Atiq:
Firman Allah s.w.t:
(وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ)
Yang bermaksud: Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.
Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Allah namakan Masjidil haram dengan Baitul-Atiq kerana Dia telah membebaskannya daripada golongan penceroboh yang degil lagi zalim, golongan ini tidak dapat memasukinya. Dikatakan juga kerana binaannya yang lama dimana ia merupakan rumah pertama yang dibina untuk manusia.

Baniyyah:
Di dalam hadis Barra' daripada Ma'rur: Aku berazam tidak akan menjadikan Baniyyah berada di belakangku. (Baniyyah bermaksud Kaabah).

Asal-Usul Orang Melayu

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 6:48 PM | 0 comments »

Dalam gambar kat bawah ni ada gak dari keturunan Belanda .. he he he

Asal usul bangsa Melayu merupakan sesuatu yang sukar ditentukan. Walaupun terdapat beberapa kajian dilakukan untuk menjelaskan perkara ini, tetapi kata sepakat antara para sarjana belum dicapai. Secara amnya terdapat 2 teori mengenai asal-usul bangsa Melayu iaitu:

* Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan(Teori Yunnan)
* Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara(Teori Nusantara)

Selain itu ada juga pendapat yang mengusulkan bahawa orang Minangkabau itu berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, semasa banjir besar berlaku di bumi. Tetapi pendapat ini masih belum mendapat bukti yang kukuh.

Teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar. Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:

1. Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.
2. Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).
3. Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong. Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, [14] adapun menyatakan "nenek moyang" orang Melayu itu berasal daripada Yunan.

Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto, dan juga Melayu Deutro. Berikut adalah huraiannya.

Kenapa Kaunter Pelawat Jadi 0 ....

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 1:00 PM | 0 comments »


Anda pernah mendapat email ini ? :
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai berikut adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Semalam adalah tarikh tersebut, Jumaat 13hb. Banyak perkara-perkara yang bukan-bukan dibuatnya pada " FRIDAY the 13th " ni.Ini mungkin salah satu sebabnya...

"Senarai berikut" tu ialah :

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

Kekuasaan Dan Kebesaran-Nya

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 9:10 AM | 0 comments »





Afiah Syafina,seorang bayi perempuan berusia 2 bulan,anak kepada pasangan Bambang sarianto & Syarifah yang keduanya bekerja sebagai guru sekolah di Tebing Tinggi telah mengalami perut buncit yang setelah dicheck dianggap Tumor yang harus segera dibedah.
Kedua pasangan ini pergi berjumpa dgn Prof dr. Chairuddin P.Lubis..lalu beliau terus menghubungi Pk Bibie (Rtn. Kentjana Salim) dari Rotary Club Deli Medan…segala pembiayaan operation ini akan ditanggung oleh Rotary Club. Pada hari Sabtu,19 Januari 2008,jam 8.00-11.30,operation dilakukan di Rumah Sakit Gleni International Medan..dan keputusannya sgt mengejutkan..ternyata benda yg disangka tumor adalah JANIN BAYI 5 BULAN!!!

Inilah kuasa Allah..terlampau byk bukti2 KEKUASAAN & KEBESARAN-NYA yg sememangnya jelas,..hanya kita manusia yg sering lalai dan leka..
”sanuqriika fala tansa” [Kami akan membacakan(Al Qur'an) kepadamu (Muhammad) maka kamu tidak akan lupa]. Sesungguhnya Allah Maha Azim..apabila berfirman ‘kun fayakun’ maka jadilah ia…..
SURAH YAASIN AYAT 82: Sesungguhnya keadaannya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berfirman: “Jadilah” maka terjadilah ia……….

Valentine’s Day

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 10:26 AM | 0 comments »


Untuk muda-mudi generasi penerus, tulisan ini akan memaparkan tentang sambutan hari velintine yang ternyata akan dapat menggiring seseorang kepada kesyirikan yang tidak disedarinya.
Dengan pengaruh media massa seperti surat kabar, radio, televisyen mahupun alat-alat telemunikasi, sebahagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Valentine Day. Dari sini dapat diambil kesimpulan bahawa sambutan ini yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah.
Valentine’s Day menurut literatur ilmiyah yang kita dapat menunjukkan bahawa perayaan itu sebahagian dari simbol agama Nasrani / kristian.
Terdapat beberapa versi tentang sejarah hari valentine ini.
Antaranya ialah pada 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Seorang paderi umumkan hari tersebut sebagai hari "VALENTINE" sempena namanya Pedro St. Valentino. Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..
Dalam versi lain, sambutan hari Valentine ini yang ternyata untuk mengenang dan memperingati dua orang Kristen Katolik, Santo Valentine dan Santo Marius mengorbankan jiwanya kerana dijatuhkan hukuman mati oleh raja Claudius yang melarang prajurit-prajuritnya berkahwin.
Ada versi lain juga tentang sejarah Valentine, iaitu pada masa Romawi Kuno, tanggal 14 Februari merupakan hari raya untuk memperingati dewi Juno, dewi Juno adalah ratu dari segala dewa dan dewi, orang-orang Romawi kuno juga meyakini bahwa dewi Juno adalah dewi bagi kaum perempuan dan perkawinan.
Juga terdapat versi lain lagi, iaitu Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“Dan janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran, ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.

LAKSAMANA CHENG HO, MAK TEH & DE LAH

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 5:30 PM | 0 comments »


Kapal Cheng Ho jauh lebih besar daripada kapal C. Columbus.

Cheng Ho atau di kenali sebagai Haji Mahmud merupakan laksamana terkenal dari Dinasti Ming. Para arkeologi dan para ahli sejarah belum mempunyai bukti kuat yang menyatakan beliau telah ke Mekah.
Tetapi teman-temannya mengetahui bahawa Cheng Ho sangat teringin menunaikan fardhu Haji seperti yang telah dilakukan oleh almarhum ayahnya.
Antara barangan dagangannya ialah kain sutera – macam Mak Teh dan De Lah selalu pakai tu..
Majalah Life menempatkan Cheng Ho sebagai nombor 14 orang terpenting dalam milenium terakhir. Perjalanan Cheng Ho ini menghasilkan Peta Navigasi Cheng Ho yang mampu mengubah peta navigasi dunia sampai abad ke-15.