Blog Widget by LinkWithin

Wanita Solehah

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 5:10 PM | 0 comments »


kalau aku ditanya
siapakah rembulan jiwa dunia
pasti kanku sebut
wanita solehah
dia harta dunia
dia saham akhirat
kalau wujud permata tak ternilai
maka dia jauh dari gapaian pemikiran
wanita solehah
mentari hati
sopan lembutnya
menawan diri
lembut tuturnya
hiasan diri
teguh taqwanya
harga diri
wanita solehah
tongkat buat lelaki
yang buta menuju ALLAH
cahaya buat lelaki
menyinar gelap jalan menuju ILLAHI
oh wanita solehah
lagu ini untukmu
harga yang tidak ternilai
aprisiasi pandanganku kepadamu
peneman sejati hidup ini
penyejuk damai [...]

http://ms.langitilahi.com/category/karya/puisi/

MENGAPA.....?

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 9:32 AM | 0 comments »


Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya,

…tetapi apabila seseorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?


Mengapa apabila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya,

…tetapi apabila wanita Islam berbuat begitu, orang barat berkata, "dia mesti dibebaskan!"


Mengapa seseorang rahib boleh menutup litup keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya,

…tetapi apabila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?


Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan,

…tetapi apabila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?


Mengapa apabila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat,

…tetapi apabila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tidak berguna?


Mengapa apabila seseorang Kristian atau Yahudi didakwa membunuh, agamanya tidak dikaitkan,
…tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili?


Mengapa apabila seseorang berkorban nyawa untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi,

…tetapi apabila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas?


Mengapa apabila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan,

…tetapi apabila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya?


Dan mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar,

…tetapi kita juga sering mempersoalkan apa yg terkandung di dalam Al-Qur’an?

Inilah yg dikatakan ketidakadilan duniawi… betapa tidak adilnya masyarakat dunia dalam menilai seseorang hanya kerana agamanya, atau lebih tepat lagi, memandang negatif pada setiap apa yg dilakukan oleh orang2 Islam. Kita dapat lihat betapa Islam dipandang serong dan ditindas oleh masyarakat dunia hari ini.

Ayuh muslimin sekalian, tegakkan Islam! Bersihkan agama yg benar lagi suci ini daripada terus disalah tafsir oleh masyarakat dunia khususnya orang2 kafir yg sentiasa merasa iri hati dan dengki dengan Islam! Bangkitlah mempertahankan agama Islam dan buktikan bahawa orang2 Islam cintakan kedamaian dan keharmonian, bukannya pengganas yg harus diperangi!

sumber : kongsibersama07.blogspot

9 Sebab Hati Tidak Bahagia

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 8:14 AM | 0 comments »

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi... ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang.. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"