Blog Widget by LinkWithin

AL-QURAN DAN SAINTIFIK

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 10:56 PM | 0 comments »


Al-Quran yg penuh & sarat dengan khazanah segala ilmu pengetahuan ini, bukan hanya sekadar menjelaskan perkara-perkara yg ada kaitan dgn tatacara hidup sepeti pentadbbiran, kehakiman, perundangan, ekonomi, akhlak dan sosial sahaja atau hanya untuk hidup di dlm akhirat semata-mata seperti yg disangkakan dan didakwa oleh sebahagian besar dari umat manusia, tetapi Al-Quran sebenarnya mengandungi segala khazanah yg ada hubungan dgn segala kejadian-kejadian alam yg melibatkan bidang-bidang yg lain seperti :

Bahasa binatang dan burung yg diketahui ada sebanyak 8 ayat di dalam Al-Quran
Biologi diketahui ada sebanyak 134 ayat
Fizik diketahui ada sebanyak 144 ayat
Kimia diketahui ada sebanyak 11 ayat
Falak dan angkasa diketahui ada sebanyak 113 ayat
Geografi diketahui ada sebanyak 104 ayat
Pertanian diketahui ada sebanyak 90 ayat
Perubatan cara Islam diketahui ada sebanyak 6 ayat
Perubatan rohani diketahui ada sebanyak 141 ayat
Perubatan bayi diketahui ada sebanyak 5 ayat
Perubatan penuan diketahui ada sebanyak 9 ayat
Perubatan pencegahan diketahui ada sebanyak 37 ayat
Perubatan dan matematik diketahui ada sebanyak 73 ayat
Pembedahan perubatan diketahui ada sebanyak 9 ayat
Pembedahan mayat diketahui ada sebanyak 22 ayat
Peranan anggota dan saraf diketahui ada sebanyak 59 ayat
Penyakit telinga, hidung dan kerongkong diketahui ada sebanyak 15 ayat
Penyakit kulit diketahui ada sebanyak 9 ayat
Penjagaan pesakit diketahui ada sebanyak 10 ayat
Penyembuhan diketahui ada sebanyak 8 ayat
Rangsangan diketahui ada sebanyak 69 ayat
Asal-usul kejadian manusia dan makhluk diketahui ada sebanyak 25 ayat
Keturunan atau baka diketahui ada sebanyak 17 ayat
Mata diketahui ada sebanyak 4 ayat
Wanita dan kelahiran diketahui ada sebanyak 32 ayat
Janin (anak dalam rahim) diketahui ada sebanyak 37 ayat
Kaji bumi diketahui ada sebanyak 60 ayat
Kejuruteraan diketahui ada sebanyak 11 ayat
Kenderaan alat perhubungan diketahui ada sebanyak 30 ayat
Laut dan sungai diketahui ada sebanyak 36 ayat
Sans social diketahui ada sebanyak 27 ayat
Sains pemakanan diketahui ada sebanyak 24 ayat
Sains umum diketahui ada sebanyak 18 ayat

Lain-lain bidang yg nasih belum diketahui dan belum diterokai serta belum ditemui oleh manusia di waktu ini. Hanya ALLAH SWT sahajalah yang lebih tahu dan lebih mengetahui di atas semua perkara yang ada di dalam alam yang DIA jadikan ini.
Maha Suci ALLAH.



DERHAKANYA JEBAT BUKAN KERANA TUAH..TAPI KERANA ADA BANGSANYA YANG BERPALING TADAH.

sultan atau raja wujud bukan pada zaman kesultanan melaka, tapi ianya wujud sejak zaman nabi lagi..tapi kenapa ada rakyat di malaysia ni masih nak kata raja dan rakyat biasa adalah sama..memang betul..namun Allah telah memberi darjat kepada sultan atau raja-raja ini..di malaysia sama ada melayu, cina, india dan bangsa-bangsa lain telah menerimakeadaan ini..

bangsa-bangsa lain selain melayu telah menerima sultan sejak kegemilangan melaka lagi cuma sekarang ni, ada sekerat dua melayu dan bangsa lain yang dah memang menjadi warga negara pun..yang tak sedar diri atau seolah-olah nak jadi jebat alaf baru.

sultan atau raja adalah lambang kepada kedaulatan dan keharmonian..tapi kenapa bila ada kepenting kepada diri sendiri, kita cuba memohon nak menderhaka kepada sultan.?..sepatutnya DERHAKA ni tidak wujud lagi pada zaman ini..fikir-fikirkanlah.

"Janganlah kau hadir jebat derhaka, kerana Tuah takan kembali lagi"..dan "SEMALAM YANG HILANG" hanya dalam kenangan.

SAJAK "MELAYU OH MELAYU"

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 12:38 PM | 0 comments »

Melayu Oh Melayu
dimana ramainya melayu..
tentunya di pasar malam dan pasar minggu..
berdemonstrasi pun banyak melayu..
di Jom Heboh dahlah tentu..

Melayu oh Melayu
dikedai 4D nasib di adu..
untung nasib untung beribu..
tapi memang mis selalu..
nasib tak baik makan nasi dengan ubi kayu..
muka masam fikiran buntu..

Melayu oh Melayu
dulu kini dan selamanya..
tapi sampai bila..!
jangan melayu mudah lupa..
kata-kata bekas PM kita..
jangan pulak rasa bangga..
yang jadi jutawan sekerat dua..
yang banyak orang cina..
orang melayu sengeh aje..

TERIMA TANPA KASIH

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 4:30 AM | 0 comments »

Terima kasih Israel kerana
menuangkan sengsara di lantai Gaza
membakar hayat dan menanam nafas
tanpa peduli jerit air mata
dan luka derita
anak-anak yang manis dituba
mimpi seni mereka
dengan bedilan dengki dan aksi pura-pura
segalanya harus dikalungkan
buatmu Israel
yang sombong dan hina.

Terima kasih Israel
kerana membiarkan kami sakit hati
dan menyalai marah
di ruang nasib.

TEMA HARI GURU

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 9:42 PM | 0 comments »

Berakhirnya sambutan Hari Guru pada tahun ini, untuk itu disenaraikan tema Hari Guru dari tahun 1972 hingga 2009 untuk ingatan kita. Rasa belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru.


2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara


Segala puji bagi ALLAH yg selalu menurunkan ubat pada setiap penyakit, yg diketahui oleh setiap orang yg berilmu dan tidak diketahui oleh orang yg jahil, maka barang siapa yg tidak mengetahuinya hendaklah dia tidak mencela siapa pun kecuali kepada dirinya sendiri, kerana dia telah lalai dalam menuntut ilmu.

Rasulullah saw telah mengajarkan bagaiman ca
ra menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal, diantaranya adalah :

i. Selalu beramal dgn doa yg disuruh membaca oleh Rasulullah saw pada akhir setiap solat, iaitu :

maksudnya : “Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari azab Negara Jahanam, dan dari azab kubur dan dari fitnah hidup dan mati serta fitnah Al-Masihuddajjah” (riwayat Muslim dari Abu Hurairah).

ii. Menghafaz surah Al-Kahfi atau sekurang-kurangnya sepuluh ayat pada awalnya atau sepuluh ayat pada akhirnya. Bahkan kalau sesiapa menghafaz tiga awal dari surah Al-Kahfi sahaja pun, maka dia akan terselamat dari fitnah Dajjal.
(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah saw bersabda ; “Barang siapa yg menghafaz 10 ayat dari awal surah Al-Kahfi, dia akan terpelihara dari fitnah Dajjal”.
Dlm hadis Muslim dan Abu Daud meyebut ; 10 ayat pada akhir surah Al-Kahfi”.
Dan dlm hadis yg lain disebut ; 3 ayat dari awal surah Al-Kahfi”.

iii. Barang siapa yg ditakdirkan oleh ALLAH bertemu dan melihat Dajjal, hendaklah dia meludah kearah mukanya seakan-akan dia adalah Khinzib, iaitu syaitan pengganggu solat. Dan hendaklah dia menbaca ayat-ayat Al-Quran pada awal atau akhir surah Al-Kahfi, semoga diselamatkan ALLAH dari Dajjal.

iv. Barang siapa yg mendengar kemunculan Dajjal, hendaklah dia pergi ke kota Madinah dan Mekah dan belindung di sana, kerana kedua negeri itu tidak akan dapat dimasuki oleh Dajjal.

v. Barang siapa yg tidak mampu melakukan empat perkara di atas, hendaklah ia mengelakkan diri dan lari daripada berhadapan dengan Dajjal dan terus menerus berzikir sepertimana yg dianjurkan oleh Rasulullah saw, kerana dgn cara itu Dajjal tidak akan membahayakannya.

Para sahabat bertanya : “Dengan apakah manusia akan hidup (makan) pada waktu itu? (semasa terjadi kemarau panjang dan lain-lain bencana angkara Dajjal)”. Rasulullah saw menjawab : “ Orang-orang mukmin akan hidup dengan Tahlil, Takbir dan Tahmid (wirid dan zikir) akan sama ertinya bagi mereka (org mukmin) dengan makanan (boleh menghilangkan lapar dan dahaga)”. Riwayat Ibn Majah, Ahmad, Ibn Khuzaimah dan Hakim dari Abu Umamah.