Blog Widget by LinkWithin


Segala puji bagi ALLAH yg selalu menurunkan ubat pada setiap penyakit, yg diketahui oleh setiap orang yg berilmu dan tidak diketahui oleh orang yg jahil, maka barang siapa yg tidak mengetahuinya hendaklah dia tidak mencela siapa pun kecuali kepada dirinya sendiri, kerana dia telah lalai dalam menuntut ilmu.

Rasulullah saw telah mengajarkan bagaiman ca
ra menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal, diantaranya adalah :

i. Selalu beramal dgn doa yg disuruh membaca oleh Rasulullah saw pada akhir setiap solat, iaitu :

maksudnya : “Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari azab Negara Jahanam, dan dari azab kubur dan dari fitnah hidup dan mati serta fitnah Al-Masihuddajjah” (riwayat Muslim dari Abu Hurairah).

ii. Menghafaz surah Al-Kahfi atau sekurang-kurangnya sepuluh ayat pada awalnya atau sepuluh ayat pada akhirnya. Bahkan kalau sesiapa menghafaz tiga awal dari surah Al-Kahfi sahaja pun, maka dia akan terselamat dari fitnah Dajjal.
(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah saw bersabda ; “Barang siapa yg menghafaz 10 ayat dari awal surah Al-Kahfi, dia akan terpelihara dari fitnah Dajjal”.
Dlm hadis Muslim dan Abu Daud meyebut ; 10 ayat pada akhir surah Al-Kahfi”.
Dan dlm hadis yg lain disebut ; 3 ayat dari awal surah Al-Kahfi”.

iii. Barang siapa yg ditakdirkan oleh ALLAH bertemu dan melihat Dajjal, hendaklah dia meludah kearah mukanya seakan-akan dia adalah Khinzib, iaitu syaitan pengganggu solat. Dan hendaklah dia menbaca ayat-ayat Al-Quran pada awal atau akhir surah Al-Kahfi, semoga diselamatkan ALLAH dari Dajjal.

iv. Barang siapa yg mendengar kemunculan Dajjal, hendaklah dia pergi ke kota Madinah dan Mekah dan belindung di sana, kerana kedua negeri itu tidak akan dapat dimasuki oleh Dajjal.

v. Barang siapa yg tidak mampu melakukan empat perkara di atas, hendaklah ia mengelakkan diri dan lari daripada berhadapan dengan Dajjal dan terus menerus berzikir sepertimana yg dianjurkan oleh Rasulullah saw, kerana dgn cara itu Dajjal tidak akan membahayakannya.

Para sahabat bertanya : “Dengan apakah manusia akan hidup (makan) pada waktu itu? (semasa terjadi kemarau panjang dan lain-lain bencana angkara Dajjal)”. Rasulullah saw menjawab : “ Orang-orang mukmin akan hidup dengan Tahlil, Takbir dan Tahmid (wirid dan zikir) akan sama ertinya bagi mereka (org mukmin) dengan makanan (boleh menghilangkan lapar dan dahaga)”. Riwayat Ibn Majah, Ahmad, Ibn Khuzaimah dan Hakim dari Abu Umamah.

0 comments

Post a Comment