Blog Widget by LinkWithin

Asal usul nama Rompin

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 10:22 AM | 0 comments »


Pokok Ru


Mengikut cerita orang tua-tua pada zaman dahulu daerah ini terdapat pokok ru yang ramping. Apabila orang-orang yang hendak pergi daerah ini sering berkata hendak pergi ke ru ramping. Lama-kelamaan perkataan ru ramping menjadi Rompin, maka kekalah nama itu sehingga ke hari ini. Begitulah mengikut empunya cerita…

TENTERA ISRAEL = TENTERA NAZI

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 11:06 AM | 0 comments »

KANAK-KANAK YANG TERSELAMAT DARIPADA KEMUSNAHAN PERANG DUNIA II KINI SEDANG MELAKUKAN PERKARA YANG SAMA KEPADA WARGA PALESTIN. (PERKARA DILAKUKAN OLEH TENTERA NAZI JERMAN)
tembok dan pagar



tiada kebebasan


penangkapan dan gangguan berterusan


kemusnahan kediaman & hilang mata pencarian


hadiah-hadiah kepada kanak-kanak yang cintakan keamanan daripada negara yang bertamadun


PROPRAGANDA – anda akan menemui gambar hitam putih orang amerika dalam segala buku sejarah negara barat, perpustakaan, muzium-muzium.. yang menggambarkan seorang budak lelaki yahudi dengan mengangkat tangan sementara tentera-tentera nazi menghalakan senapang mereka kearahnya serta keluarganya di kediaman mereka ( ini untuk menjadikan anda merasa simpati kepada mangsa)
Israel menggunakan taktik yang sama.

BELAJAR JADI IBU

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 4:13 PM | 0 comments »

KAK DIBAH

KAK FATIHAH

KAK MAZU

KAK EFFA

ADDA

TOK JANGGUT

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 10:34 AM | 0 comments »


Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut ialah seorang penentang penjajahan British yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan, Tanah Melayu. Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.

Kebangkitan Tok Janggut telah menyebabkan Sultan Kelantan berasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka.

Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tok Janggut dibunuh. Mayat Tok Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang menelan masa sehari. Mayat beliau digantung beberapa hari di depan istana di Padang Bank (Padang Merdeka) sebelum dikebumikan di Pasir Pekan.

BATU TERAPUNG

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 9:04 AM | 0 comments »


Bukti kebesaran Allah SWT batu tempat duduk Nabi Muhammad saw sewaktu Israk Mikraj sampai kini masih tetap terapung di udara

Pada saat Nabi Muhammad saw hendak Mikraj batu tersebut hendak mengikut bersama, tetapi Nabi Muhammad saw menghentakkan kakinya pada batu tersebut, maksudnya agar batu tersebut tidak dibenarkan ikut.

Foto ini diambil oleh seorang hamba Allah sewaktu melawat Al Aqsa (yg sebenarnya) di Jerusalem, Subhanallah ... !! Foto ini dapat dibolosi kerana tidak diketahui oleh pihak Israel yang berkawal dan menjaga tempat tersebut dengan ketat.

PALESTIN (JURUSALEM) BUMI PARA ANBIYA… SUATU KETIKA DULU

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 9:47 AM | 0 comments »

NABI IBRAHIM A.S -
BERHIJRAH KE PALESTIN SETELAH DIANIAYA (DIBAKAR) OLEH KAUMNYA.
MAKAM BAGINDA DI HEBRON 20 BATU KE BARAT DAYA JURUSALEM.

NABI ISHAQ.A.S -
ANAK KEPADA NABI IBRAHIM A.S BERSAMA ISTERI PERTAMA, SARAH. (ISTERI KEDUA HAJAR - NABI ISMAIL A.S).
SERING MENEMANI AYAHNYA, BERDAKWAH DI DAERAH KANA'AN DAN SAM - PALESTIN.

NABI YA’AKUB A.S -
ANAK KEPADA NABI ISHAQ A.S DENGAN ISTERINYA REBECCA.
DILAHIRKAN DI PALESTIN.MENINGGAL KETIKA BERUSIA 140 TAHUN DAN DIMAKAMKAN DI HEBRON (AL-KHALIL) SEPERTI YANG DIKEHENDAKI BAGINDA.

NABI AYYUB A.S -
KETURUNAN NABI IBRAHIM A.S. DAN JUGA ANAK SAUDARA NABI YA'AKUB A.S.
DIUTUSKAN UNTUK MEMULIHKAN KAUM YANG TINGGAL DI PADANG PASIR YANG TERLETAK DI TIMUR LAUT PALESTIN.

NABI ZULKIFI A.S -
DIKENALI SEBAGAI EZEKIEL DALAM INJIL INI TELAH DIBAWA KE BABYLON SELEPAS KEMUSNAHAN JURUSALEM.

NABI DAWUD A.S -
PERNAH MENGALAHKAN TENTERA PIMPINAN JALUT DARI PALESTIN.
MENINGGAL DUNIA PADA USIA 70 TAHUN DAN DIKEBUMIKAN DI JERUSALEM.

NABI SULAIMAN A.S -
ANAK BONGSU KEPADA NABI DAWUD A.S.
DILAHIRKAN DI JERUSALEM.DINYATAKAN BAHAWA NABI SULAIMAN A.S. MENAKLUK JIN-JIN UNTUK MENOLONG BAGINDA MEMBINA RUMAH SUCI BAITUL MUQADDIS (MASJID AQSA).

NABI ZAKARIA A.S -
KETURUNAN NABI SULAIMAN A.S.
BAGINDA DAN ISTERINYA, ISYA, MEMBAKTIKAN DIRI UNTUK MENJAGA BAITUL MAQDIS - RUMAH IBADAH PENINGGALAN NABI SULAIMAN A.S DI JURUSALEM.

NABI ISA A.S -
IBUNYA TINGGAL DI BAITUL MAQDIS.
MEMPUNYAI PENGIKUT YANG RAMAI, INI MENCEMASKAN KAUM ELIT DI WILAYAH PALESTIN, JUGA TERHADAP ROMAWI YANG BERKUASA MAUPUN KALANGAN PENDETA YAHUDI.

1976

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 3:06 PM | 0 comments »


Gambar kenangan aku bersama abang aku.
Aku masih ingat lagi, ketika itu, aku memakai baju kurung berwarna kuning sedang bermain-main bersama anak saudaraku, tiba-tiba aku nampak ayahku dan abangku berpakaian kemas. Aku terus meluru memegang tangan ayahku untuk mengikutinya, yang entah kemana dia hendak pergi aku pun tak tahu.
Rupa-rupanya ayahku membawa abangku untuk bergambar di pekan Endau.
Kini,ayahku telah tiada, dan pada akhir tahun lepas, aku dan abang aku sama-sama mendapat cahayamata. Semoga cahayamata kami menjadi insan yang berguna di dunia dan di akhirat.

PERMANDANGAN MASDIJIL HARAM & MASJID NABAWI DARI SATELIT

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 10:52 AM | 0 comments »

Orang-orang barat sentiasa mahu mengkaji kawasan Tanah Haram, tetapi apa yang mereka jumpa sungguh ajaib dan menunjukkan kekusaan Allah seperti kedua-kedua Masjid tersebut terang-benderang ketika gambarnya diambil dari satelit, juga luasnya air telaga zam-zam yang tak pernah kering walaupun telah digunakan sekian lamanya. Maha Suci Allah!


MASJIDIL HARAM & KAABAH

(1) Kabah
(2) Perigi Zam Zam
(3) Bukit al-Safaa
(4) Bukit al-Marwa
(5) Tahlul (Gunting Rambut)
(6) Kawasan sembahyang (hamparan merah)
(7) Istana Raja.


MASJID NABAWI



(1) Masjid Nabawi
(2) Bab-e-Jibrael , makam Nabi Muhammad saw, makam Saidina Abu Bakr Siddique ra, dan Saidina Umar Al-Khatab ra
(3) kubah Masjid
(4) Jannatul Baqee
(5) Kedai-kedai, bazar-bazar
(6) Hotel-hotel

PALESTIN

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 4:25 PM | 0 comments »



Melihat berita-berita mengenai saudara kita di Palestin, membuatkan saya teramat sedih, apatah lagi melihat kanak-kanak yang seusia dengan anak-anak saya. Tidak sanggup untuk saya membaca berita-berita tersebut sehingga akhir.


Palestin bagi umat Islam, penganut yahudi dan kristian :

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.
Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Penganut Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib.

Palestin menjadi milik Islam dan kristian berusaha menawan Palestin :

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades).

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 - sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.

Bukankah Allah telah berfirman:

ولن ترضى عنك اليهود ولا النصارى حتى تتبع ملتهم

“Orang-orang Yahudi dan Nasara tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).”
– Al-Baqarah:120

Sungguhpun ayat ini pada asalnya ditujukan kepada Junjungan kita Nabi Muhammad SAW, tetapi kita sebagai umatnya turut menerima nasib yang sama. Dalam ayat yang lain Allah berfirman:

لتجدن أشد الناس عداوة للذين ءامنوا اليهود والذين أشركوا

“Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” – Al-Ma’idah: 82

Orang-orang Yahudi yang benar-benar mengkaji kitab Taurat memang menyedari bahawa suatu masa nanti, mereka juga akan dikalahkan oleh umat Islam. Tetapi bersyarat! Apakah syaratnya?

“Jangan harap umat Islam seluruh dunia akan menang, selagi bilangan jemaah solat fardhu subuh di masjid tidak sama ramainya dengan bilangan jemaah ketika solat fardhu Jumaat.”

Adakah kita telah memenuhi syarat ini?

Asal-usul Surah dalam Al-Quran

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 1:48 PM | 0 comments »



1. Surah Al-Fatihah
Surah ini dinamakan Al-Fatihah kerana sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Juga dinamakan Ummul Quran (Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (Ibu Kitab) kerana ianya merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

2. Surah Al-Baqarah (Lembu)
Surah ini juga dinamakan Fusthaatul-Quran (puncak Al Quran) kerana memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang lain. Digelar juga surah alif-laam-miim kerana dimulai dengan Alif-laam-miim.
Surah ini mengandungi ayat kursi, ayat yang teragung dan sering dihafal oleh masyarakat Muslim. Malah, ayat ini dijadikan bacaan untuk mendapat perlindungan dan keredhaan Allah SWT.

3. Surah Ali ‘Imran (Keluarga Imran)
Dinamakan Ali Imran kerana memuat kisah keluarga Imran yang di dalam kisahnya disebutkan kelahiran Nabi Isa, persamaannya dengan Nabi Adam, kenabian dan beberapa mukjizatnya, serta disebut pula kelahiran Maryam puteri Imran, ibunda daripada Nabi Isa.
Surat Ali Imran ini dan surah Al Baqarah dinamakan "Az Zahrawaani" (dua yang cemerlang), karena kedua surat ini menyingkapkan hal-hal yang disembunyikan oleh para Ahli Kitab, seperti kejadian dan kelahiran Nabi Isa, kedatangan Nabi Muhammad dan sebagainya.

4. Surah An-Nisaa' (Perempuan)
Dinamakan An Nisaa' kerana dalam surah ini banyak dibicarakan hal-hal yang berhubungan dengan wanita serta merupakan surah yang paling membicarakan hal itu dibanding dengan surah-surah yang lain.

5. Surah Al-Maa’idah (Hidangan)
Dinamakan Al Maa'idah kerana memuatkan kisah pengikut-pengikut setia Nabi Isa a.s. meminta kepada Nabi Isa a.s. agar Allah menurunkan untuk mereka Al Maa'idah (hidangan makanan) dari langit (ayat 112). Dan dinamakan Al Uqud (perjanjian), karena kata itu terdapat pada ayat pertama surat ini, dimana Allah menyuruh agar hamba-hamba-Nya memenuhi janji prasetia terhadap Allah dan perjanjian-perjanjian yang mereka buat sesamanya. Dinamakan juga Al Munqidz (yang menyelamatkan), karena akhir surat ini mengandung kisah tentang Nabi Isa a.s. penyelamat pengikut-pengikut setianya dari azab Allah.

10 MUHARRAM

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 2:58 PM | 0 comments »


10 Muharram atau Hari Assyuuraa'.. salah satu hari kebesaran umat Islam..

Dinamakan Assyuuraa' kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram. Ada lain pendapat yang mengatakan hari Assyuuraa' kerana Allah telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan :

* Allah telah menerima taubat Nabi Adam a.s.
* Allah menaikkan darjat Nabi Idris a.s.
* Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s.
* Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada hari Assyuuraa' dan diangkatkan sebagai kholilulLah juga diselamatkan dari api.
* Allah menerima taubat Nabi Daud a.s.
* Allah mengangkat Nabi Isa a.s. ke langit
* Allah menyelamatkan Nabi Musa a.s.
* Allah menenggelamkan Fir'aun
* Allah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan
* Allah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s.


Allah juga telah menjadikan kelebihan pada Hari Assyuuraa"..

* Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Assyuuraa',
* dan menjadikan Adam juga Hawa pada hari Assyuuraa';
* dan menjadikan Syurga serta memasukkan Adam di syurga pada hari Assyuuraa';
* dan Allah menyelamatkan dari api neraka pada hari Assyuuraa';
* dan menenggelamkan Fir'aun pada hari Assyuuraa';
* dan menyembuhkan bala Nabi Ayyub pada hari Assyuuraa'
* dan Allah memberi taubat kepada Adam pada hari Assyuuraa';
* dan diampunkan dosa Nabi Daud pada hari Assyuuraa';
* dan juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Assyuuraa';
* dan akan terjadi Qiyamat pada hari Assyuuraa'

Abul-Laits Asssamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibnu Abbas r.a berkata: Nabi SAW. bersabda yang bermaksud;
Barangsiapa yang berpuasa pada hari Assyuuraa' yakni 10 Muharram, maka Allah akan memberikan kepadanya pahala 10,000 malaikat; dan barangsiapa yang puasa pada hari Assyuuraa', maka akan diberikan pahala 10, 000 orang Haji dan Umrah, dan 10, 000 orang mati syahid; dan siapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Assyuuraa', maka Allah akan menaikkan dengan rambut satu darjat. Dan barangsiapa yang memberi buka puasa orang mukmin yang berpuasa pada hari Assyuuraa', maka seolah-olah memberi buka puasa semua umat Muhammad SAW. dan mengenyangkan perut mereka.


Mak Cik Ha tak buat bubur assyuuraa' ke tahun ni...?

nilah adik saya..

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 1:08 PM | 0 comments »


yang ke empat haziq.. macam nama anak mak nita.. adik saya yang ni selalu naik angin bila lapar..


kita selalu ikut ibu pergi pejabat, tengoklah adda tu, nasib baik tak letak dalam almari.


yang ketiga adda, selepas lahir dia ditahan diwad selama 2 minggu. saya dan nazmi tinggal dengan mak teh dan dengan tok wan, terima kasih mak teh dan tok wan. ni gambar adda ketika di wad - gambar tu paparazzi ambil dari luar tinggap hospital.
baby lain semua kena bedung, dia sorang je tak..sebab demam, suhu badan tinggi.


nazmi.. yang kedua, tahun ni berusia 6 tahun, tapi masih manja lagi. mata dia ni macam mata mak jah.... sama.. tu gambar dia dengan alia - sepupu.

GERHANA BULAN

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 5:41 PM | 0 comments »




Gerhana bulan penuh terjadi apabila planet Bumi menghalang cahaya dari matahari dari mengenai bulan secara penuh. Oleh itu, ini hanya akan terjadi apabila matahari, bumi dan bulan berada pada kedudukan sejajar pada satu garis lurus.

Aki saya pernah bercerita tentang gerhana. Aki kata gerhana terjadi apabila cahaya yang menerangi bumi menjadi gelap kerana dilindungi oleh ribuan sayap malaikat-malaikat yang turun.

SELAMAT ULANG TAHUN MAMA & PAPA

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 2:04 PM | 2 comments »

SELAMAT ULANG TAHUN SAYA UCAPKAN PADA MAMA & PAPA
TIDAK LAMA LAGI.

SEMOGA MAMA & PAPA MEMPEROLEHI KESEJAHTERAAN DUNIA & AKHIRAT.

ULANG TAHUN SAYA MAMA TAHU TAK BILA ? BILA TU TAK PENTING, YANG PENTING HADIAHNYA.. HE HE HE