Blog Widget by LinkWithin

KEJARLAH TUHAN JANGANLAH KEJAR SYURGA-NYA

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 1:50 PM | 0 comments »


Kejarlah Tuhan janganlah kejar Syurga-Nya,
Tuan Syurga lebih utama daripada Syurga-Nya,
Carilah Tuhan, janganlah cari fadhilatnya,
Dapat Tuhan, dapatlah segala-galanya,

Cari Tuhan kerana kita hendak memperhamba diri kita kepada-Nya,
Cari Syurga atau fadhilatnya,
ertinya hendak membesarkan nikmat Tuhannya;
Mengapa hendak memperbesarkan diri kepada makhluk,
Memperhambakan diri kepada Khaliq kan lebih utama,
Mengejar fadhilat, rasa bertuhan tidak ada,

Jika rasa bertuhan tidak ada,rasa kehambaan pun tidak ada,
Sedangkan fungsi ibadah hendak melahirkan rasa kehambaan,
Kalau rasa kehambaan tidak ada,
mazmumah tidak akan dapat dimusnahkan;

Kerana itulah orang yang beribadah kerana Syurga atau fadhilat,
Perangainya tidak berubah,
Bahkan adakalanya ibadahnya itulah yang menyuburkan mazmumahnya,
Mengapa beribadah kerana Syurga dan fadhilat,
Syurga dan fadhilat adalah hak Tuhan yang memang telah ditentukan-Nya,

Carilah Tuhan
Dapat Tuhan, Syurga dan fadhilat dapat sama,
Kerana itulah Syurga dan fadhilat tidak perlu difikirkan,

Cari Syurga atau fadhilat,
Syurga atau fadhilat belum tentu dapat,
Tuhan sudah tentu tidak dapat,

Yang hendak kita cintai adalah Tuhan,
Kerana Dia Pencipta kita,
Bukan Syurga dan fadhilat yang hendak kita cintai,
Betulkan semula fungsi ibadah kita,
Agar matlamat ibadah itu tepat kepada sasarannya.

Fata AtTamimi





Malaysia akan menjadi tuan rumah Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja 2009 yang akan berlansung pada 07-21hb Jun 2009 dan Stadium Hoki Taman Daya menjadi pilihan kejohanan tersebut.

Stadium hoki negeri ini dengan padang megaturf bernilai RM16 juta berkapasiti 3,000 penonton mula dibina pada tahun 2006.

Stadium baru ini telah digunakan buat pertama kalinya pada 11 hingga 15 Mac lalu untuk perlawanan ujian membabitkan pasukan dari empat negara, tiga daripadanya adalah Malaysia, India dan Pakistan sementara satu lagi sama ada Mesir atau Jerman yang masih belum mengesahkan penyertaan.
Turut menyertai kejohanan dua tahun sekali itu ialah Singapura, Korea, Australia dan Afrika Selatan.

ADA KE HARI BAPA ?

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 8:41 PM | 2 comments »

Selamat Hari Bapa? Saya salah dengar atau mengantuk ketika khubtah…

Semalam di Masjid Kampung Baru khutbahnya meraikan Hari Bapa – saya tidak pasti khutbah nie siapa yang karang, intisari khutbah bertujuan menghargai serta mentaati bapa memang baik dan disanjungi cuma persamaan dengan sambutan hari bapa itu saja yang saya ragui. Saya lebih mengharapkan khutbah menyemarakkan semangat jimat cermat, jangan membazir, ataupun kisah Nabi Yusuf AS menyelamatkan Mesir ketika kemarau. Paling tidak khutbah yang menceritakan selepas kabus, pasti cahaya mentari datang semula. Tetapi apa boleh buat – jawatankuasa dah putuskan khutbah hari bapa lebih sesuai di kala rakyat marhain terkial-kial mengubah cara hidup dari teruk kepada rebeh.

Saya tidak mahu pertikaikan isi kandungan khutbah, tetapi saya lebih tertarik kepada konsep Hari Bapa itu sendiri. Ada tak konsep Hari Bapa dalam Islam? Apa yang diajar kepada saya, mengingati bapa dan ibu ini adalah kerja seorang anak setiap hari. Kita diajar oleh Rasulullah SAW agar mendoakan kedua ibubapa kita setiap kali berdoa. Setiap hari adalah hari istimewa dalam konteks hubungan anak dan bapa. Kekalutan dunia barat dalam memberikan hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa terutamanya ditambah dengan kecelaruan kristian dalam meraikan hubungan anak dan bapa menjadikan menyambut Hari Bapa adalah satu pesta sehari daripada 365 hari yang ada dalam setahun. “364 hari yang lain – pandai-pandailah abah membawa diri sendiri”.

Hubungan anak dan bapa adalah hubungan dunia dan akhirat. Tanggungjawab kita kepada ibu dan bapa adalah hubungan dunia akhirat. Rasulullah SAW bersabda – “Apabila mati anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara – ilmu yang bermanfaat, sedeqah jariah dan doa dari anak yang soleh”.

Dunia Barat dan Kristian menjadikan Hari Bapa sebagai salah satu acara keagamaan yang diselindungkan atas nama universal. Saya petik tulisan Michelle Anderson yang bertajuk “Father’s Day – How to Celebrate” bertarikh 31 Mei 2007 yang dicerakinkan dari laman berikut http://catholicism.suite101.com/article.cfm/fathers_day

“The idea of a father figure in the Roman Catholic Church is a strong one. You have the big guy, God, of course, as the figurative and literal father. Then you have Jesus who led His followers as a father leads children. You have the scriptures which talks about God as a shepherd with his flock, finding even one lost sheep. Then you have Joseph, the carpenter and the stepfather to Jesus. In the present day, the Pope acts not only as the head of the church but also as a fatherly figure, guiding us spiritually. This roll also trickles down to the cardinals, bishops and priests.”

Justeru, pada pandangan saya tidak perlulah hari Bapa ini disambut secara khusus pada 15 Jun sahaja, ianya perlu disambut setiap hari, samada sang bapa masih hidup atau telah kembali bertemu Rabbul Jalil. Inilah yang membezakan Islam sebagai Ad Deen dengan agama-agama yang lain, yang hanya terbatas kepada ruang kehidupan kosmetik dan kosmik sahaja tanpa ada gapaian ke alam yang satu lagi, nanti.

Usai solat Jumaat, terjumpa Sdr. Darmawan dengan baju merahnya – ingatkan nak pergi demo minyak. Sempat bertanya khabar tentang kesihatan ayahandanya dan mengharapkan agar beliau dapat kembali cergas dan ceria seperti sediakala.

Sambil mencari selipar untuk menyertai Demo Minyak – saya terfikir kalau nanti rakyat Malaysia dah semakin papa kedana dan merempat mungkinkah ada khutbah menyeru kita menyelamatkan sungai pula sesuai dengan Hari Sungai Sedunia.

Kepada yang ada masa – sudilah baca artikel berikut:- Dad, Please Spend Time With Me – by Sahar Kassaimah – 21 Nov 2004 http://www.islamonline.net/English/family/2004/11/article06.shtml

Wallahualam

SHAHRUL PESHAWAR