Blog Widget by LinkWithin

KENALI KUALA ROMPIN

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 5:29 PM | 0 comments »


Kuala Rompin adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi Kuala Sungai Rompin. Sejarah namanya dikaitkan dengan sebatang pokok. Pada masa dahulu banyak pokok ru atau cemara tumbuh di sepanjang pantai daerah Rompin. Boleh dikatakan tidak ada pokok selain pokok ru atau cemara tumbuh dengan banyaknya disitu. Antara pokok ru yang banyak itu, ada sebatang pokok ru yang besar dan tinggi. Yang ganjilnya ialah batang pokok ru itu ramping di bahagian tengahnya. Walau bagaimanapun keadaan ini tidakpun menjejaskan kekuatan pokok ru itupada keseluruhannya.

Hal ini cukup menghairankan penduduk tempatan dan cerita ini sering menjadi buah mulut mereka pada setiap masa. Ada yang menganggap keganjilan itu sesuai dijadikan penempatan. Semenjak daripada itu tempat ini dikenali dengan Ru Ramping. Oleh sebab nama itu panjang, akhirnya penduduk tempatan memendekkan kepada Rumping. Seterusnya dialek tempatan menyebabkan perkataan Rumping menjadi atau disebut Rumpin tetapi lama kelamaan ianya dieja Rompin.


Kuala Rompin telah menjadi salah satu tempat yang popular di Rompin, Pahang. Kuala Rompin menjadi semakin pesat dengan pelbagai aktiviti di laut dan darat. Kuala rompin ini juga mempunyai keindahan persekitaran yang menyegarkan dan mendamaikan.



juga terkenal dengan udang galah


juga mempunyai atlet kebangsaan
amirul hamizan

dan mohd faizal baharom... dari kampung simpang sepayang



juga ada homestay bayuwangi...he he he

0 comments

Post a Comment