Blog Widget by LinkWithin

SEDIKIT TENTANG NABI SAMUEL AS

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 2:14 PM | 1 comments »

Nabi Samuel as, telah diutuskan oleh Allah swt selepas kewafatan Nabi Musa as. Semasa zama Nabi Musa as, Bani Israel dalam berabad abad lamanya dapat hidup bersatu di negeri mereka sendiri, tidak dapat diusir oleh kekuatan yang manapun.
Selepas kewafatan Nabi Musa as, bangsa Israel lama kelamaan lupa akan ajaran Nabi Musa as, lupa akan agama mereka dan agama itu mereka merubah menurut kemahuan mereka sendiri.

Dalam keadaan yang demikian itu, akhirnya mereka dapat dikalahkan dan diusir dari kampung halaman mereka sendiri oleh bangsa Palestin.
Nasib bangsa Israel semakin jelek dan melarat di bawah penjajahan sehingga mengalami pengusiran itu, terpisah dari anak dan isteri mereka dalam tempoh yang lama, mereka juga tidak yang sanggup tampil ke muka, untuk memimpin bangsanya yang telah bercerai-berai itu.

Akhirnya diutus Allah kepada mereka seorang Nabi, Samuel namanya.Dengan pimpinan Samuel ini, akhirnya beberapa orang di antara bangsa Israel dapat berkumpul. Dari kumpulan ini timbul hasrat bagi mereka, untuk berusaha mengusir bangsa Palestin yang telah mengusir mereka dari tanah airnya. Tetapi sayang, tidak seorang juga di antara mereka yang berani dan sanggup menjadi pemimpin.

Samuel tahu benar akan letak kelemahan kaumnya yang demikian itu, kelemahan yang disebabkan oleh tidak adanya kemahuan untuk berjuang dan kelemahan kerana tidak adanya rasa patuh terhadap pemimpinnya.
Dengan tegas Samuel berkata kepada mereka: "Sebab kelemahan kamu, adalah kerana kamu sekalian tidak mahu berjuang menghadapi peperangan bila dipanggil untuk berperang!"
Mereka menjawab: Kami sanggup berjuang dan bertempur, kerana tidak tahan lagi hidup sengsara terpisah dengan anak keluarga dan tanahair sendiri, asal saja ada yang memimpin kami dalam perjuangan dan pertempuran itu. (tetapi hanya sedikit sahaja yang bersungguh-sungguh untuk berjuang dan mengikut arahan pemimpinnya).

Samuel meminta mereka menunggu, kerana Samuel ingin menerima petunjuk dari Allah swt terlebih dahulu, tentang maksud ini. Lalu kepada Samuel diwahyukan oleh Allah swt, agar memilih Talut menjadi raja dan pemimpin perang mereka. Samuel sendiri rupanya belum kenal siapa Talut itu. Tetapi dengan tegas Allah swt mewahyukan kepada Samuel, agar jangan ragu ragu dalam menetapkan Talut sebagai pemimpin dan jeneral dalam perang yang diperintahkan itu.

Talut adalah anak desa dalam negeri itu, bahkan anak seorang yang melarat pula. Jangankan ia akan dikenal sebagai pemimpin. dalam pergaulan sehari hari saja jarang orang kenal kepadanya. Tetapi dia adalah seorang yang berbadan kuat dan sihat; tinggi dan gagah perawakannya, matanya tajam, fikirannya pun luas dan tajam pula. Dalam pada itu, dia mempunyai hati yang suci bersih, budi yang halus dan agung. Dia tinggal di desa kecil bersama bapanya. Pekerjaannya bertani dan berternak.

1 comments

  1. Rasen // February 1, 2013 at 9:59 PM  

    thanks ya gan atas infonya....

Post a Comment