Baitulharam:
Firman Allah s.w.t:
(جَعَلَ اللَّهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ قِيَامًا لِلنَّاسِ)
Yang bermaksud: Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup).
Kaabah:
Dinamakan dengan nama Kaabah: Kerana bentuknya adalah empat persegi, setiap binaan yang tinggi dan berbentuk empat persegi dinamakan Kaabah.
Masjidilharam:
Firman Allah s.w.t:
(فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَحَيْثُ مَا كُنْتُمْ فَوَلُّوا وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُ)
Yang bermaksud: Oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (tempat letak Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya.
Baitul Atiq:
Firman Allah s.w.t:
(وَلْيَطَّوَّفُوا بِالْبَيْتِ الْعَتِيقِ)
Yang bermaksud: Dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu.
Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Allah namakan Masjidil haram dengan Baitul-Atiq kerana Dia telah membebaskannya daripada golongan penceroboh yang degil lagi zalim, golongan ini tidak dapat memasukinya. Dikatakan juga kerana binaannya yang lama dimana ia merupakan rumah pertama yang dibina untuk manusia.
Baniyyah:
Di dalam hadis Barra' daripada Ma'rur: Aku berazam tidak akan menjadikan Baniyyah berada di belakangku. (Baniyyah bermaksud Kaabah).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment