Blog Widget by LinkWithin

Kampung "Ditelan" Laut

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 4:08 PM | 0 comments »



BATU PAHAT: Kajian awal menunjukkan sebahagian kawasan di daerah ini mungkin akan lenyap daripada peta Johor, jika tindakan segera tidak diambil bagi mengatasi masalah hakisan yang semakin serius di kawasan berkenaan.

Berikutan itu, kira-kira 30,000 penduduk beberapa kampung sepanjang pantai antara Rengit hingga Semerah kini berada dalam keadaan ketakutan serta bimbang dengan keselamatan mereka.

Bagi penduduk di Parit Botak, Kampung Sungai Punggor, Kampung Sri Pantai, Kampung Sungai Lurus, Kampung Parit Balak, Kampung Teluk Wawasan dan Parit Bakong serta Kampung Parit Simin, mereka kini pasrah dengan kejadian yang berlaku di kawasan berkenaan kerana mereka tidak mampu untuk mengatasinya.

Petanda awal dapat dilihat dengan jelas, apabila beratus hektar kawasan daratan di kampung terbabit sudah bertukar menjadi sebahagian laut Selat Melaka.

Antara kawasan dikesan paling teruk terjejas adalah Kampung Sungai Punggor Laut serta Kampung Sungai Lurus yang menyebabkan kira-kira satu kilometer kawasan daratan terhakis dan bertukar menjadi laut.

0 comments

Post a Comment