Untuk muda-mudi generasi penerus, tulisan ini akan memaparkan tentang sambutan hari velintine yang ternyata akan dapat menggiring seseorang kepada kesyirikan yang tidak disedarinya.
Dengan pengaruh media massa seperti surat kabar, radio, televisyen mahupun alat-alat telemunikasi, sebahagian besar orang Islam juga turut dihidangkan dengan iklan-iklan Valentine Day. Dari sini dapat diambil kesimpulan bahawa sambutan ini yang berusaha merosak 'akidah' muslim dan muslimah.
Valentine’s Day menurut literatur ilmiyah yang kita dapat menunjukkan bahawa perayaan itu sebahagian dari simbol agama Nasrani / kristian.
Terdapat beberapa versi tentang sejarah hari valentine ini.
Antaranya ialah pada 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Seorang paderi umumkan hari tersebut sebagai hari "VALENTINE" sempena namanya Pedro St. Valentino. Jadi.. mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini kerana hari itu adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..
Dalam versi lain, sambutan hari Valentine ini yang ternyata untuk mengenang dan memperingati dua orang Kristen Katolik, Santo Valentine dan Santo Marius mengorbankan jiwanya kerana dijatuhkan hukuman mati oleh raja Claudius yang melarang prajurit-prajuritnya berkahwin.
Ada versi lain juga tentang sejarah Valentine, iaitu pada masa Romawi Kuno, tanggal 14 Februari merupakan hari raya untuk memperingati dewi Juno, dewi Juno adalah ratu dari segala dewa dan dewi, orang-orang Romawi kuno juga meyakini bahwa dewi Juno adalah dewi bagi kaum perempuan dan perkawinan.
Juga terdapat versi lain lagi, iaitu Hari Valentine diambil daripada nama seorang paderi yang paling berpengaruh pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol iaitu St. Valentine. Tindakan St. Valentine yang mengambil keputusan berkahwin telah menimbulkan rasa murka Ratu Isabella, lalu memenjarakannya buat sementara waktu. Ratu menetapkan 14 Februari sebagai hari Kekasih untuk St. Valentine sendiri.
Mari kita renungkan firman Allah s.w.t.:
“Dan janganlah kamu megikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggung jawabnya”. (Surah Al-Isra : 36)
Hadis Rasulullah s.a.w:“ Barang siapa yang meniru atau mengikuti suatu kaum (agama) maka dia termasuk kaum (agama) itu”.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah AL Imran, ayat 85 :“Barangsiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-sekali tidaklah diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi”.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments
Post a Comment