Blog Widget by LinkWithin

Beristighfarlah Kepada Allah

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 4:39 PM | 0 comments »


Jika ingin jiwa tenang beristighfarlah kepada Allah.Kerana Allah berfirman :
"Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu ruju` kembali taat kepadaNya supaya Ia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Ia akan memberi kepada tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal yang salih) akan pahala kelebihannya itu dan jika kamu berpaling (membelakangkan tiga perkara itu), maka sesungguhnya aku bimbang kamu akan beroleh azab hari kiamat yang besar (huru-haranya).(Q.S. Hud : 3).

Jika ingin badan yang sihat dan dipelihara dari penyakit beristighfarlah kepada Allah kerana FirmanNya:
"Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!" (Q.S. Hud [11] : 52).

Jika ingin dilindungi dan dipelihara daripada bencana dan fitnah beristighfarlah kepada Allah kerana FirmanNya:
"Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun)". (Q.S. Al-Anfal [8] : 33).

Jika ingin mendapat pertolongan Allah, zuriat yang baik, anak yang soleh, harta yang halal dan rezeki yang banyak beristighfarlah kepada Allah kerana FirmanNya:
"Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Dia Maha Pengampun. (10) (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; (11) Dan Dia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)". (Q.S. Nuh [71] : 10 - 12).

Jika ingin perlindungan Allah daripada kejahatan,bertambah kebaikan dan darjat yang tinggi , banyakkan beristighfar kepada Allah kerana FirmanNya:
"dan (mintalah ampun dengan) berkata: Ya Allah ampunilah dosa kami; supaya Kami ampunkan kesalahan-kesalahan kamu dan Kami akan tambah pula pahala orang-orang yang berbuat baik". (Q.S. Al-Baqarah [2] : 58).

Istighfar merupakan ubat yang mujarab dari segala dosa dan kesalahan, oleh sebab itu Rasulullah berpesan supaya sentiasa beristighfar.

Sesiapa sentiasa beristighfar Allah akan menjadikan jalan keluar kepada mereka yang kecewa. Allah akan membantu mereka yang dalam kesempitan dan akan memberi rezeki atau habuan tanpa had.
Banyakkanlah beristighfar kerana dengannya dapat menghilangkan perasaan duka, kerana beristighfar adalah penyembuh serta penawar yang mujarab..

0 comments

Post a Comment