Blog Widget by LinkWithin

Asal-usul Surah dalam Al-Quran

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 1:48 PM | 0 comments »



1. Surah Al-Fatihah
Surah ini dinamakan Al-Fatihah kerana sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran.
Juga dinamakan Ummul Quran (Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (Ibu Kitab) kerana ianya merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri.
Turut dinamakan As-Sab'ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

2. Surah Al-Baqarah (Lembu)
Surah ini juga dinamakan Fusthaatul-Quran (puncak Al Quran) kerana memuatkan beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang lain. Digelar juga surah alif-laam-miim kerana dimulai dengan Alif-laam-miim.
Surah ini mengandungi ayat kursi, ayat yang teragung dan sering dihafal oleh masyarakat Muslim. Malah, ayat ini dijadikan bacaan untuk mendapat perlindungan dan keredhaan Allah SWT.

3. Surah Ali ‘Imran (Keluarga Imran)
Dinamakan Ali Imran kerana memuat kisah keluarga Imran yang di dalam kisahnya disebutkan kelahiran Nabi Isa, persamaannya dengan Nabi Adam, kenabian dan beberapa mukjizatnya, serta disebut pula kelahiran Maryam puteri Imran, ibunda daripada Nabi Isa.
Surat Ali Imran ini dan surah Al Baqarah dinamakan "Az Zahrawaani" (dua yang cemerlang), karena kedua surat ini menyingkapkan hal-hal yang disembunyikan oleh para Ahli Kitab, seperti kejadian dan kelahiran Nabi Isa, kedatangan Nabi Muhammad dan sebagainya.

4. Surah An-Nisaa' (Perempuan)
Dinamakan An Nisaa' kerana dalam surah ini banyak dibicarakan hal-hal yang berhubungan dengan wanita serta merupakan surah yang paling membicarakan hal itu dibanding dengan surah-surah yang lain.

5. Surah Al-Maa’idah (Hidangan)
Dinamakan Al Maa'idah kerana memuatkan kisah pengikut-pengikut setia Nabi Isa a.s. meminta kepada Nabi Isa a.s. agar Allah menurunkan untuk mereka Al Maa'idah (hidangan makanan) dari langit (ayat 112). Dan dinamakan Al Uqud (perjanjian), karena kata itu terdapat pada ayat pertama surat ini, dimana Allah menyuruh agar hamba-hamba-Nya memenuhi janji prasetia terhadap Allah dan perjanjian-perjanjian yang mereka buat sesamanya. Dinamakan juga Al Munqidz (yang menyelamatkan), karena akhir surat ini mengandung kisah tentang Nabi Isa a.s. penyelamat pengikut-pengikut setianya dari azab Allah.

0 comments

Post a Comment