Blog Widget by LinkWithin

Takwim Hijri, penetapan ini telah dibuat semasa pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab selepas 17 tahun berlakunya peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w .

Terdapat perselisihan pendapat di kalangan ahli-ahli falak dan para sejarawan tentang tarikh sebenar 1 Muharam 001 Hijrah. Sebahagian ahli falak yang menggunakan kaedah hisab hakiki menyatakan tarikh awal Muharam 001 Hijrah jatuh pada hari Khamis 15 Julai 622 Masihi, kerana ijtimak bulan baru Muharam telah berlaku sebelum terbenam terbenam matahari pada hari Rabu 14 Julai 622M. Walau bagaimanapun terdapat sebahagian daripada mereka yang menyatakan bahawa awal Muharam 001 Hijrah bermula pada hari Jumaat 16 Julai 622 M berdasarkan peristiwa anak bulan Muharam yang hanya dapat dilihat pada malam Jumaat.

Berdasarkan fakta sains, takwin dan sejarah , maka lebih pasti bahawa 1 Muharam 001 Hijrah jatuh pada hari Jumaat 16 Julai 622 Masihi.

Tahun Hijriah dikira mengikut peredaran bulan, manakala tahun Masihi mengikut peredaran matahari. Tahun Masihi bermula dari kelahiran Nabi Isa AS.

Habsyah (Ethiopia) muncul sebagai negara pertama hijrah umat Islam Mekah sebelum berpindah ke Madinah. 615 Masihi. Diantara yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Uthman RA dan isterinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita.

Hijrah kedua juga ke Habsyah pada 617 Masihi.

MASJID QUBA 1325H

Dan hijrah ke tiga adalah ke Madinah. Pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar.

DOOR OF MADINAH AL-MUNAWWARAH
Rasulullah saw bersama kaum Muhajirin Mekah disambut dengan gembira oleh kaum Ansar Madinah. Dari kejauhan kaum Ansar melihat rombongan Rasulullah saw mereka beramai-ramai mengalunkan nasyid ‘Tola Al Badru Alaina’.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1432.
http://puterijasmin.blogspot.com/2009/12/selamat-menyambut-maal-hijrah-1431.html


0 comments

Post a Comment