Blog Widget by LinkWithin

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 4:58 PM | 0 comments »

PADA 1 Muharam setiap tahun, umat Islam merayakan sambutan Maal Hijrah, bergembira atas kehadiran tahun baru dalam kalendar Islam.Sambutan itu tidak disebut dalam al-Quran atau nas Sunah Nabi secara terus terang tetapi ia tetap dianggap perayaan umat Islam.
Ironinya umat Islam masih lebih cenderung meraikan secara berlebihan-lebihan tahun baru Masihi (1 Januari) baru-baru ini termasuk dicemari perbuatan songsang lantas mencemarkan kemuliaan Muharam.

Kemuliaan Muharam yang pada hari itu kita berselawat memuji-muji Rasulullah - satu amalan yang diperintah Allah.Kita alunkan nasyid-nasyid seperti Talaal Badru Alaina bagi mengingati kembali betapa gembira kaum Ansar menyambut kehadiran Rasulullah bersama Muhajirin di Madinah.

Sejarah Ringkas Hijrah
UMUMNYA hijrah bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Penghijrahan komuniti Muslim pada zaman Rasulullah SAW berlaku sebanyak tiga kali. Pertama, hijrah ke Habsyah pada 615 Masihi, kedua juga ke Habsyah pada 617 Masihi dan ketiga ialah hijrah Rasul SAW ke Yathrib pada 622 masihi.
Mengenai hijrah ke Yathrib, Rasulullah SAW ada menceritakan dalam hadisnya yang bermaksud:
“Aku melihat dalam tidurku aku berhijrah dari Makkah ke satu tanah yang banyak pokok kurma. Pada mulanya aku menyangka Yamamah atau Hajar, rupa-rupanya ia adalah Madinah, iaitu Yathrib.” – (Hadis riwayat Bukhari)

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah.

Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib).

Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar.

Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah.

Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah (SAW) dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.

selamat menyambut Maal Hijrah..

Nama Nabi Idris as. yang sebenarnya adalah Akhnukh. Beliau dinamakan Idris, kerana beliau banyak membaca, mempelajari (tadarrus) kitab Allah SWT.

Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam putera dari Yarid bin Mihla’iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith. Nabi Idris AS diutus kepada anak cucu Qabil yang durhaka kepada Allah SWT.

Idris belajar agama sejak kecil dari Nabi Syits, putra Nabi Adam. Idris berdakwah kepada kaumnya dengan gigih, sehingga mendapat sebutan Asad al-usud, yang berarti "singanya singa".

Nabi Idris dianugerahkan kepandaian di dalam pelbagai disiplin ilmu kemahiran.

Kisah Nabi Idris as bersama Malaikat Izrail
Ketika Nabi Idris a.s dikunjungi oleh Malaikat Izrail yang ingin meziarah baginda, baginda telah memohon supaya Malakikat Izrail mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkan kembali sehingga baginda dapat beribadah kepada Allah setelah baginda merasakan sakaratulmaut.Kata Malaikat Izrail sesungguhnya aku tidak akan mencabut nyawa seseorang melainkan mendapat izin Allah. Maka Allah memberi wahyu kepada kepada Malaikat Izrail agar dia mencabut nyawa Nabi Idris, maka seketika itu Malaikat Izrail mencabut nyawa Nabi Idris a.s. Maka Malaikat Izrail menangis atas kematian Nabi Idris sambil memohon kepada Allah agar Allah menghidupkan kembali Nabi Idris a.s.

Malaikat Izrail bertanya "Hai saudaraku, bagaimana rasanya sakaratulmaut itu?. Kata Nabi Idris a.s "Sesungguhnya rasa sakaratulmaut itu umpama binatang yang hidup itu dilapah kulitnya (dibuang kulitnya semasa hidup-hidup) dan begitulah rasanya sakaratulmaut bahkan lebih seribu kali sakit."
Kata Malaikat Maut: "Secara halus dan berhati-hati aku mencabut nyawa yang seperti itu selama-lamanya.

Kemudian Nabi Idris a.s berkata kpd Malaikat Maut, untuk melihat Neraka Jahanam sehingga baginda boleh beribadah kepada Allah dengan bersungguh-sungguh setelah melihat siksaan yang amat dahsyat. Kata Malaikat Maut "Bagaimana saya boleh pergi ke Neraka Jahanam tanpa izin Allah". Maka Allah memberi wahyu kepada Malaikat Maut dengan firman: "Pergilah engkau ke Neraka Jahanam bersama-sama Nabi Idris a.s".

Kemudian meraka pun pergi ke Neraka Jahanam, kemudian Nabi Idris as melihat segala macam seksaan yang diciptakan Allah untuk musuh-musuhNya.
Setelah kembali Nabi Idris as berkata lagi kepada Malaikat Maut. "Hai Malaikat Maut, saya ada keinginan lagi dengamu iaitu saya ingin melihat syurga sehingga saya boleh tambah meningkatkan amal ibadah," maka Malaikat Maut berkata "Bagaimana boleh saya bersamamu ke dalam syurga tanpa izin Allah." Maka Allah memberi izin pada Malaikat Maut untuk pergi berdua dan berhenti dekat pintu syurga.

Maka Nabi Idris melihat di dalamnya nampak bermacam-macam nikmat dan istana besar lagi indah dan beberapa anugerah yang berharga, juga tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan yang beraneka warna dan rasanya berbeza-beza.

Nabi Idris berkata "Hai saudaraku, saya telah merasakan sakitnya sakaratulmaut, saya telah melihat Neraka Jahanam yang didalamnya bermacam-macam rupa seksaan dan azab neraka maka mohonlah engkau kepada Allah agar Allah mengizinkan saya untuk masuk syurga dan minum airnya agar hilang rasa sakitnya sakaratulmaut di tenggkorakku ini dan juga terhindar daripada seksaan Neraka Jahanam.

Maka Malaikat Izrail minta izin kepada Allah lalu mengizinkannya, kemudian masuklah meraka berdua ke alam syurga lalu keluar. Kemudian Nabi Idris masuk lagi ke dalam syurga dan meletakkan seliparnya di bawah pokok kayu di dalam syurga. Maka Nabi Idris berkata kepada Malaikat Izrail "Hai Malaikat Maut, selipar saya tertinggal didalam syurga di bawah pokok kayu, maka kembalikanlah saya ke dalam syurga,

Maka Nabi Idris masuk ke syurga dan tidak mahu keluar lagi dari syurga. Maka berteriaklah Malaikat Izrail memanggil Nabi Idris agar keluar dari syurga. "Hai Idris, keluarlah engkau dari syurga." Maka Nabi Idris pun tidak mahu keluar Allah s.w.t telah berfirman "Tiap-tiap orang mesti merasakan sakaratul maut, sedang saya sudah merasakan sakaratulmaut. Dan Allah s.w.t berfirman lagi maksudnya: "Tidak ada diantara kamu sekelian kecuali mereka itu memasuki (neraka/syurga) sedang aku pernah memasuki neraka dan Allah pun juga berfirman lagi maksudnya: "Dan tidaklah mereka itu dikeluarkannya". (keluar daripada syurga).

"Siapakah yang mengeluarkan saya dari syurga" sedangkan Allah telah memberi wahyu kepada malaikat Maut. "Tinggalkanlah dia (Nabi Idris) sesungguhnya Aku telah memutuskan dia di zaman azali dahulu bahawa sesungguhnya dia (Nabi Idris) tergolong ahli dan penghuni syurga."

Diriwayatkan Nabi Idris as. telah naik ke langit pada hari Isnin. Peristiwa naiknya Nabi Idris as. ke langit ini, telah dijelaskan oleh Allah SWT dalam Al-Quran.

Firman Allah SWT bermaksud: Dan ceritakanlah (hai Muhammad kepada mereka) kisah, Idris yang tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang Nabi. Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi.
(Maryam: 56-57)

Nabi Adam merupakan manusia pertama yang diciptakan oleh Allah SWT. Adam diberi tempat oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya.

Allah SWt memerintahkan para malaikat sujud kepada nabi Adam lalu kesemua sujud kecuali Iblis dia enggan dan sombong, lalu jadilah ia dari kalangan orang kafir.

Oleh kerana rasa iri hati dan dengki terhadap Adam, Iblis mulai memujuk agar Hawa serta Adam memakan buah yang dilarang oleh Allah SWT.

Allah mencela perbuatan mereka itu dan berfirman yang bermaksud: "Tidakkah Aku mencegah kamu mendekati pohon itu dan memakan dari buahnya dan tidakkah Aku telah ingatkan kamu bahawa syaitan itu adalah musuhmu yang nyata."

Setelah itu terusirlah Adam dan Hawa daripada Syurga dan diperintah turun ke dunia.
Diriwayatkan bahawa Nabi Adam dikeluarkan dari syurga dan diturunkan di India di satu tempat yang bernama Sarnadib mengikut pendapat yang paling masyhur.

Puncak Adam - tempat Nabi Adam diturunkan. - - Tidak dapat diketahui akan kesahihahannya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Dikatakan bahawa tempat yang paling harum baunya di atas muka bumi ini ialah tempat di mana Nabi Adam diturunkan. Ini disebabkan bauan syurga melekat di pohon-pohon yang terdapat di tempat tersebut.

Jabal Rahmah

Dan Hawa pula diturunkan di satu tempat yang bernama Judah, (ertinya nenek), penghormatan kepada Hawa. Nabi Adam mencari Hawa (di wilayah Jazira Arabia) dan kemudian mereka dipertemukan di padang Arafah di Jabal Rahmah.

Disinilah taubat Nabi Adam diterima (kunun bertepatan di saat maghrib, di hari Asyura). Doa taubat Nabi Adam itu diabadikan dalam Quran (al A'raaf:23).

Sementara Iblis pula diturunkan di satu tempat yang bernama Al-Ublah di Iraq.

Kemudian suami-isteri Adam dan Hawa melahirkan pasangan kembar pertama bernama: Qabil (lelaki)-Iqlima(wanita). Setelah itu Hawa melahirkan pasangan kedua: Habil (lelaki)-Labuda (wanita). (dalam versi lain diceritakan tahun pertama lahir Qabil, tahun kedua Iqlima, tahun ketiga Habil, tahun keempat Labuda).(Diceritakan kunun Adam dan Hawa memiliki anak 39 orang. Yang Bungsu bernama Nabi Syis).

Singkat cerita Adam dan Hawa bersyukur dan gembira, kerana dari anak2 mereka inilah anak cucu akan lahir untuk mentadbir dimuka bumi sesuai amanat yang diterima Adam dan Hawa.

Setelah anak2 Hawa ini beranjak dewasa. Nabi Adam mendapat ilham dan petunjuk bahawa kedua puteranya dikahwinkan dengan kedua puterinya. Qabil dikahwinkan dengan Labuda, Habil dikahwinkan dengan Iqlima. Namun ternyata. Qabil menolak dikahwinkan dengan Labuda. Ini tentu menyalahi petunjuk Allah kepada Nabi Adam.

Akhirnya. diperintahkanlah Qabil dan Habil berudhiyah / qurban / korban.

Qabil yang bekerja bertani, mempersembahkan buah2an dan hasil tani.

Habil yang bekerja ternak, mempersembahkan haiwan ternak (itulah yang 8 ekor, 4 pasang jantan-betina - unta, kambing, biri2, lembu).

Korban siapa yang diterima.. itulah yang dikawinkan dengan Iqlima.

Perlu diketahui.. bahawa lembah jazirah Arab.. Hijaz di masa itu amat subur dan makmur.. tidak seperti sekarang yang gersang dan tandus. Itu mengapa dalam suatu riwayat dikisahkan jika lembah Hijaz telah subur kembali.. pertanda Kiamat sudah dekat.

Diceritakan dalam sejarah.. korban tidak diberikan pada orang lain, tetapi disajikan di atas puncak bukit, supaya dapat dimakan makhluk lain yang memerlukannya (dalam versi lain disambar api dari langit). Ternyata.. korban Habil lah yang diterima, sedangkan korban Qabil, iatu buah2an tetap ada dan telah membusuk. Itu bermakna Habil yang berhak mengawini Iqlima.

Qabil awal redha dan ikhlas menerima kenyataan ini, namun kerana tipu daya iblis.. timbul rasa iri dan dengki, kemudian nafsu amarah dan berakhir dengan terbunuhnya Habil di tangan Qabil. Qabil panik melihat darah manusia pertama membasahi bumi. Ia bingung.. dan kemudian atas petunjuk Allah.. terlihatlah oleh Qabil, burung gagak yang menggali tanah.. mengubur burung lainnya. Demikian dikuburlah jasad Habil di dalam tanah. Qabil pun bertaubat.

Syariat Udhiyah.. berkorban ini diteruskan sampai kepada Nabi Ibrahim dan kita sekarang.

Son of prophet Adam 'alaihe salam, was killed by his brother Qabil, located at the mountain Qasiyun, Damsyik, Syria. - Tidak dapat diketahui akan kesahihahannya, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Wallahu A'lam... kisah ini juga beredar dalam golongan Yahudi.

Bayi Al-Quran, Ali Yakubov

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 8:33 AM | 0 comments »

Ali Yakubov, seorang bayi yang berusia sembilan bulan, menggemparkan Rusia kerana kulitnya tertulis ayat suci Al-quran dan membuat doktor yang merawatnya pun kehairanan.
Keluarganya mendakwa, ayat lama akan hilang dan ayat baru pula muncul.
Biasanya, ia berlaku dua kali seminggu, iaitu setiap Isnin dan malam Jumaat.
Ali Yakubova

kulit Ali yang mengandungi ayat Al-Quran

Ali bersama ibu dan bapanya

seorang Ulama mendukung Ali di rumhanya di Kizlyar

Ali di kunjungi orang ramai

QS. Fushshilat (41) : 53
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Rabbmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu

1. Bilangan Nabi adalah seramai 124,000 orang manakala Rasul 315 orang. Bilangan ini dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis sahih riwayat Imam Ahmad.

2. Dalam Qur'an hanya menyebut nama 25 orang Nabi dan Rasul sahaja.

3. Dari jumlah tersebut, 4 orang adalah berbangsa Arab, iaitu Nabi Hud as, Nabi Soleh as, Nabi Syuaib as dan Nabi Muhammad s.a.w.

4. Ada dua orang lagi Nabi disebut dalam Sunnah yang sahih, iaitu Nabi Syith as dan Nabi Yusya' as bin Nun.

5. Sebahagian besar para nabi nerasal dari Bani Israel.

6. Perkataan Israel adalah gelaran kepada Nabi Yaakob as yang berasal daripada perkataan bahasa Ibri yang bermaksud hamba Allah. Adapun perkataan bani bermaksud anak-anak. Maka Bani Israel bermakna anak-anak dan keturunan Nabi Yaakob as.

Gempa Lebih Dahsyat Diramal Berlaku

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 9:24 AM | 0 comments »




JAKARTA 5 Okt. - Ketika Sumatera Barat masih berduka dilanda gempa bumi 7.6 skala Richter (SR) yang mengorbankan lebih 600 orang dan ratusan lain hilang setakat tengah hari ini, Indonesia dikejutkan dengan kemungkinan gempa lebih besar melebihi 8.0 SR akan berlaku.

Biarpun pakar-pakar membuat ulasan, baik di akhbar mahupun televisyen, mengakui tidak ada siapapun mahupun teknologi yang dapat meramalkan tarikh tepatnya, namun mereka berpendapat gempa itu akan lebih dahsyat seperti tsunami pada Disember 2004, yang mengorbankan lebih 200,000 orang di beberapa negara.

Pakar geologi dari Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI), Danny Hilman Natawidjaja berkata, tekanan telah membentuk garis tekanan di sekitar wilayah Padang selama rangkaian gempa dalam beberapa tahun terakhir.
''Gempa berukuran 7.6 SR pada 5.16 petang Rabu lepas yang menggoncang Padang bukan termasuk 'skala besar'. Itu bukan gempa yang sering kita perbincangkan bakal terjadi, yakni gempa dahsyat lebih dari 8 SR yang memicu tsunami,'' katanya dalam kenyataan LIPI.

Danny dalam penyelidikannya di luar pantai Sumatera selama 12 tahun bersama rakan penyelidiknya, Prof. Kerry Sieh dari Nanyang Technology University (NTU), Singapura, yakin bahawa akumulasi tekanan dapat mengakibatkan gempa 8.8 SR dan kekuatan gempa itu adalah kira-kira 30 kali lebih besar berbanding gempa Rabu lepas.

''Secara ilmiah, saya boleh katakan, gempa yang dahsyat itu mungkin berlaku esok, lusa, bulan depan, atau mungkin tahun depan. Paling tidak, itu akan terjadi dalam 10 tahun akan datang.

''Secara peribadi, saya khuatir jika gempa tersebut terjadi dalam beberapa bulan atau tahun akan datang. Tapi, sebagai ilmuwan, kami sering terkejut oleh fenomena alam,'' tambahnya.

Pada 2004, gempa berkekuatan 9.15 SR yang berpusat sekitar 600km ke utara Padang memicu gelombang tsunami mengakibat lebih 200,000 orang terkorban di negara-negara pesisir Lautan Hindi, dengan yang paling teruk ialah di Aceh, Indonesia.

Danny berkata, gempa berkekuatan 8.8 SR akan mengakibatkan gelombang tsunami setinggi 4 hingga 10 meter melanda Padang yang mempunyai penduduk kira-kira 4.4 juta orang dan telah mengalami beberapa kali gempa berskala besar sejak kebelakangan ini. -bernama-

AMALAN SUNNAH SEMPENA AIDILFITRI

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 8:10 AM | 0 comments »

#Bertakbir.

Bertakbir pada 1 Syawal merupakan amalan yang disyariatkan. Takbir Aidilfitri bermula terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185.
Sunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untuk menunaikan solat Aidilfitri, bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.
#Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.

Kita sering mengucapkan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’.Apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.
#Meneruskan qiamullail.

Jika sepanjang Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnya sesudah bulan Ramadan.
#Mandi pada pagi hari raya.

Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.
#Makan sebelum solat Aidilfitri.

Menurut al-Muhallab r.h:Anas bin Malik r.a berkata:“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.
Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.
#Memakai pakaian yang indah.

Imam Syafier.h berkata:“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.” – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.
Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:“Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakai perhiasan emas atau apa sahaja perhiasan.” – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.
#Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Ali bin Abi Thalib r.a:“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.
Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.
#Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:“Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.
Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:“Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untuk memberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikan darjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.” – Rujuk Zaadul Ma’ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.
#Tempat perlaksanaan solat hari raya.

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:“Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat).” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:“Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dari seluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka.” – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.
#Mengerjakan Solat Aidilfitri.

Di antara syiar yang paling utama dalam menyambut Aidilfitri. Ibn Abbas r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.
Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:“Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.
#Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri.

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:
“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.
#Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal.

Sabda Rasulullah s.a.w:“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.
Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.
#Penutup.

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.

3 TOKOH BAKAL MENAKLUK DUNIA

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 4:25 PM | 2 comments »

AL-MAHDI - DAJJAL - NABI ISA AL-MASIH

Al-Mahdi

Kedatangan Al-Mahdi Al-Muntazar (yg ditunggu) di akhir zaman adalah hal yg sudah ditakdirkan oleh ALLAH swt dan telah tertulis di Ummul Kitab (Lauhul Mahfuz).

Rasulullah saw. bersabda : “Al-Mahdi berasal dari umatku, yg akan diislah oleh ALLAH swt dalam satu malam”. (Hadis riwayat At-Tabrani, Al-Bazaar dan Abu Nu’aim).

Sesunggunya kita yakin bahawa kemunculan Al-Mahdi Al-Muntazar akan terjadi setelah berlakunya peperangan yg besar.

Beliau akan memimpin kaum muslimin pada peperangan yang paling besar (Al-Malhamah al-Kubra). Adapun tempat yg akan menjadi pusat kepimpinan beliau adalah di Ghuthah dekat Damsyik (Damaskus).

Mar Musa, Damaskus, Syria

Rasulullah saw. bersabda : “ Pusat kepimpinan kaum Muslimin pada hari peperangan yg paling besar adalah di sebuah negeri yg bernama Ghuthah, yg mana di negeri itu terdapat sebuah kota yg bernama Damsyik (Damaskus), ia merupakan tempat timggal yg terbaik bagi kaum Muslimin pada waktu itu”. (Hadis riwayat Iman Ahmad, Abu Daud disahkan oleh Al-Abani dlm soheh Al-Jami’).

~ Antara Sifat-Sifat Dan Ciri-Ciri Imam Mahdi ~
Sebagaimana yg disebutkan oleh Nabi Muhammad saw : “Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang & mancung, dia akan memenuhi bumi ini dgn keadilan & kemakmuran, sbgmana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman & penindasan (penganiayaan), dan berlaku dlm masa 7 tahun atau 8 tahun atau 9 tahun.” (Hadis Hasan , riwayat oleh Abu Daud dan Al-Hakim dari Abi Said Al-Khudri).

Kita telah mengenal nama Al-Mahdi & ciri2nya, iaitu ia bernama Muhammad Ibn Abdullah, berasal dari umat Nabi Muhammad saw, berkening lebar & behidung panjang lagi mancung. Akan tetapi sifat seperti ini sudah tentu dapat saja menyamai ciri2 kebanyakan org. Oleh kerana itu, kita hendaklah pula mengetahui sifat2 khusus yg tdk dipunyai olh org lain.

~ Antara Tanda Kedatangan Imam Mahdi, muncul bintang berekor ~
Rasulullah saw. bersabda : “Apabila berlaku (pd akhir zaman) org pergi mengerjakan haji dgn pelbagai niat, para raja pergi haji bertujuan untuk berjalan2 (melancung), dan para pedagang (saudagar) pula bertujuan untuk berniaga dan org miskin untuk mengemis, para qari pula (membaca al-quran) untuk tujuan riya dan mencari nama baik (kemasyhuran), maka ketika itu munculah bintang berekor”.

Ka’ab r.a berkata ; “Dari timur akan keluar bintang sebelum kedatangan Imam Al-Mahdi, bintang itu berekor”.
Komet Hale Bopp muncl pada 1997

Bintang berekor yg terakhir sekali muncul adalah pada bulan April 1997 yg dikatakan oleh para ahli bintang ; “inilah adalah kesempatan terakhir bagi anda untuk melihatnya, yg mana anda akan dapat melihatnya pada saat sekarang atau pada 3,000 tahun akan datang”. Kemudian apakah ini bintang berekor yg akan mengiringi kemunculan Al-Mahdi? Wallahu a’alam.

~ Bilakah Imam Al-Mahdi akan muncul (antaranya)~
Rasulullah saw. bersabda : “Kamu akan mengadakan perdamaian (pakatan) dgn bangsa Rom dlm keadaan aman. Lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan medapatkan harta rampasan perang. Kemudian kamu akan ke sebuah padang rumput yg luas dan berbukit2. Maka berdirilah seorg lelaki dari kaum Rom, lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata; salib telah menang. Maka datanglah kpdnya seorg lelaki dari kaum Muslimin, lalu dia membunuh lelaki Rom tersebut. Lalu kaum Rom berkhianat dan terjadilah peperangan, di mana mereka bersatu(mengumpulkan kekuatan) menghadapi kamu (umat Islam) di bwh 80 bendera, dan di bwh tiap2 bendera terdapat 12,000 tentera”.(Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dari Dzu Makhmar).

Pihak2 yg akan terjun dlm perang sekutu dunia tersebut adalah kaum Muslimin & kaum Rom berada dlm satu blok. Kemudian pihak kaum Muslimim & kuam Rom akan menghadapi blok lain dari pihak yg bersekutu, iaitu blok Komunis atau blok Syiah atau kedua2 blok tersebut, sesuai dgn teks hadis yg menyebut : “Kaum Rom akan berdamai dgn kamu kaum Muslimin) secara aman. Maka kamu dgn mereka akan memerangi musuh dari belakang mereka.” Sedangkan pihak kita bersama kaum Rom akan mendapat kemenangan, sesuai dgn teks hadis : “Maka kamu akan menang & mendapat harta rampasan perang serta akan selamat.”

Sesungguhnya perang dunia ini (multi-nasional) dan pendahuluan2 telah benar2 bermula yg mana umat Islam dgn kaum Rom (Bani Ishaq, Eropah & Amerika) sekarang berada dlm suatu perdamaian yg aman & tdk berhadapan dlm sebuah perang umum yg terbuka (sbgmn adanya dlm perang salib & ekoran perang salib, penjajahan imperialis).

Sedangkan blok Komunis (China, Russia & pengikut2nya) telah mengadakan perjanjian & telah mengadakan persepakatan utk membina suatu kekuatan serta kemenangan.

Dunia saat ini sedang menumpukan perhatian kpd kwsn Timur Tengah dgn perjanjian2 & kesepakatan yg mengkhuatirkan, diantaranya telah banyak dilaksanakan akhir2 ini & hal ini tdk pernah terjadi selama berabad2 sebelum ini.

Dajjal Al-Masih

Rasulullah saw. bersabda : “ Setelah pembanguan Baitul Maqdis adalah bererti hancurnya Yasrib (kota Madinah). Dan setelah hancurnya Yasrib bererti terjadinya pertempuran. Dan setelah terjadinya pertempuran bererti penaklukan Konstantinopel (Istanbul). Dan setelah penaklukan Konstanstinopel bererti keluarnya Dajjal.” (Hadis soheh riwayat Ahmad dan Abu Daud dari Mu’az bin Jabal).

Istanbul, Turki

Dajjal mengelilingi dunia menyebarkan pengaruh kuffarnya, khususnya di dunia di sebelah barat memakan masa selama 40 hari. Dajjal akan memasuki segala penjuru dunia kecuali Mekah dan Thibah (Madinah), kerana kedua2 negeri itu dijaga oleh Malaikat.

~ Antara Sifat-Sifat Dan Ciri-Ciri Al-Masihuddajjal ~
Rasulullah saw. bersabda : “ Ternyata ia adalah seorg lelaki yg berbadan besar, merah, berambut kerinting & bermata sebelah.” (Riwayat Bukhari dari Ibn Umar). Dlm Hadis riwayat At-Tabrani dajjal tersebut berkulit coklat & berambut kerinting. Hal ini menujukan bhw ia berkulit coklat tulin & hal ini tdk menafikan utk mensifatkannya dgn warna merah.

Rasulullah saw. bersabda : “ Bukankah sesungguhnya ia itu bermata sebelah dan tertulis di antara kedua mata dajjalitu kata kafir, (kaf, fa, ro) yg dapat dibaca oleh setiap Mukmin.” (Muttafaqun ‘Alaih, dari Anas).

~ Antara Tanda Kemunculan Al-Masihuddajjal ~
Keringnya air sungai Furat (Euphrates), keringnya air tasik Tiberia di Syam kebun kurma di negeri Baisan yg terletak di sempadan Palestin dan Jordan tidak berbuah.

~ Menyelamatkan Diri Dari Fitnah Dajjal ~
Banyakan berwirid dan berzikir, Mohon perlindungan ALLAH swt dgn doa, Sentiasa mengingatkan keluarga dan masyarakat tentang bahaya fitnah Dajjal, Menjauhkan diri drpd perangkap2 Dajjal melalui perkara syubhat dan syahwat, Berusaha perkuakan imam dan amalan, Hendaklah lari menjauhkan diri drpd Dajjal sejauh2nya bg mengelak pengaruh sihirnya, Hendaklah kenali sgl bentuk fitnah Dajjal dan menentangnya bersungguh2.

Rasulullah saw. bersabda : “Apabila, salah seorg dari kamu sudah selesai membaca tasyahhud (tahayat akhir) dlm solatnya hendaklah dia memohon perlindungan kpd ALLAH swt drpd 4 perkara dgn membaca : (maksudnya) “ Ya ALLAH, sesunggungnya aku belindung kpdMu dari azab negera Jahannam, dan dari azab kubur dan dari fitnah hidup dan mati serta fitnah Al-Masihuddajjal.”(Riwayat Muslim dari Abu Hurairah).

Nabi Isa Al-Masih

Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Sudah dekat masanya turun kepada kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi, menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.”

Masa Nabi Isa as berperanan di atas muka bumi selepas diturunkan semula menurut satu riwayat adalah 7 tahun dan menurut sebahagian riwayat lain selama 40 tahun.

Menurut riwayat Imam Muslim dari Abdullah bin Umar ra bhw Rasulullah saw bersabda : “ Lalu ALLAH mengutus Isa Ibnu Maryam…lantas ia tinggal bersama org banyak selama 7 tahun, yg pd waktu itu tdk ada permusuhan sama sekali antara manusia. Setelah itu ALLAH mengirim angina yg sangat dingin ini yg pd waktu itu masih mempunyai kebaikan atau keimanan dlm hati walaupun seberat atom, melainkan dihembusnya dan mati kerananya.”

Sementara riwayat Imam Ahmad dan Abu Daud disebutkan : “ Kemudian ia tinggal di bumi selama 40 tahun, kemudian ALLAH swt mewafatkannya, dan dia disolat oleh org muslim.”

Kedua2 riwayat diaats sama2 soheh dan ini merupakan suatu kemusykilan kecuali jika riwayata yg mengatakan 7 tahun itu bererti dgn pengertian 7 tahun setelah belaiu as turun kembali ke bumi, lalu ditambah usianya yg 33 tahun sebelum diangkat ke langit sehinnga demikian menjadi 40 tahun.

~ Antara Sifat-Sifat Dan Identiti Isa as ~
Rasulullah saw. bersabda : “Pada malam ketika aku diisra’kan, aku telah bertemu Musa..” Lalu beliau menyebutkan ciri2nya kemudian melanjutkan sabdanya, “ Dan aku juga bertemu Isa perwatakannya sedang, kulitnya merah seperti org yg baru keluar dari permandian.”(Soheh Bukhari).

~ Turunnya Isa as Ke Muka Bumi ~
Setelah Dajjan muncul dan melalukan kerosakan di muka bumi, ALLAH swt mengutuskan Isa as utk turun ke bumi, dan tempat turunya di menara putih di timur Damsyiq, Syria.

Menara Putih Masjid Umawi, Syria

Jabir bin Abdullah berkata, “Saya mendengarkan Rasulullah bersabda, ‘Umatku tidak akan berhenti berperang untuk membela yang benar hingga datang hari kiamat’. Rasulullah lalu bersabda, ‘Kemudian, turunlah Isa bin Maryam dan pemimpin mereka berkata, ‘Ke sinilah dan pimpinlah kami dalam sembahyang’, namun dia akan berkata, ‘Tidak! Sebab sebagian kalian adalah pemimpin untuk sebagian yang lain, sebagai penghormatan Allah terhadap umat ini’” [HR Muslim]

Abu Hurairah (ra) meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tidak ada seorang nabi pun antara saya dan Isa. Sesungguhnya, dia akan turun ke bumi. Maka jika kalian melihatnya, kenalilah dia. Dia adalah seorang laki-laki dengan ukuran sedang, berkulit putih kemerah-merahan. Dia memakai dua baju kuning terang. Kepalanya seakan-akan ada air yang mengalir walaupun sebenarnya ia tidak basah. Dia akan berperang melawan manusia untuk membela Islam. Dia akan menghancurkan salib, membunuh babi, menghapuskan jizyah. Allah akan menghapuskan semua agama di zamannya kecuali Islam. Isa akan membunuh Dajjal dan dia akan hidup di bumi selama empat puluh tahun dan kemudian dia meninggal. Kaum muslimin akan menyembahyangkan jenazahnya”. [Abu Dawud]

~ Imam Mahdi dan Nabi Isa Memerangi Dajjal ~

Pada saat Dajjal memasuki segala penjuru dunia dgn pergerakannya amat cepat & pantas bg menyesatkan manusia dgn segala kesesatan dan fitnah yg dibawanya sehingga mereka (yg Mukmin) yg hendak mempertahankan iman terpaksa melarikan diri ke gunung-ganang, sedangkan Al-Mahdi dan kaum bersama-samanya (Al-Mahdi) sudah terkepung di Damsyik (Syam), mereka sudah ditimpa ujian kesusahan krn kemarau dan kelaparan, maka tiba2 pertolongan ALLAH swt dtg kpd org yg dikasihiNya seta ke atas para walinya, yg mana ketika itu Isa Ibn Maryam dgn izin ALLAH swt telah turun dari langit ke bumi. Isa Ibn Maryam turun ke tempat Al-Mahdi dan kaum Muslimin yg bersama dgnnya di Al-Mannarah Al-Baidha’ (menara putih) di timur Damsyik (Syria). Ketika itu iqamat utk solat Subuh berkumandang. Maka Al-Mahdi mengimami solat bersama-sama kaum Muslimin dan Ibn Maryam. Setelah selesai solat Subuh, berkatalah Isa as; Keluarlah kamu semua bersama kami utk menghadapi musuh ALLAH swt (Dajjal).” Lalu mereka pun keluar.

Sebaik sahaja Dajjal melihat Isa as, ia pun meleleh (hancur) seperti garam yg disirami air (menjadi lemah). Kemudian ia melarikan diri (dgn ketakutan), akan tetapi ai dihadang oleh Isa as di pintu kota Lud di Palestin.Dan di sanalah Nabi Isa membunuh Dajjal.

Ada pendapat lain menyatakan bahawa Nabi Isa akan turun ketika Imam Mahdi telah siap memimpin shalat Shubuh di Masjidil Aqsha. Melihat kedatangan beliau as, Imam Mahdi mempersilahkan beliau as untuk menjadi Imam. Namun Nabi Isa as lebih suka menjadi ma`mum dari ummat Nabi Muhammad SAW.

Selesai sholat, Nabi Isa as berkata kepada semua jama’ah: “Bukakan pintu itu.” Mereka membuka pintu Masjid itu. Tiba-tiba terlihatlah Dajal dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi lengkap membawa senjata.

Masjid Al-Aqsa

Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajjal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya garam disirami air. Dajjal itu lari terbirit-birit karena ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Muslimin terus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi (Pintu Ludd). Dan di sanalah Nabi Isa Al-Masih membunuh Dajjal Al-Masih.

Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka mencoba lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai berbicara dengan seizin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pohon, dan sebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik mereka, benda-benda itu akan memberitahukannya. Jika mereka bersembunyi di balik batu, maka batu pun berkata: “Wahai hamba Allah yang beriman, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.” Begitu pula jika bersembunyi di balik pohon, kecuali pohon Ghorqod, dia itu pohon Yahudi.(nama latin: Nitraria retusa).

Pohon Ghorqod


"Tidakkah kamu melihat bahawa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatan olehmu hujan keluar dari celah-celahnya, dan Allah juga menurunkan (butiran) ais dari langit, dari gumpalan awan seperti gunung maka ditimpakanNya ais itu kepada siapa yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya siapa yang dihendakiNya. Kilauan kilat itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan” (Surah An-Nur: 43)

"Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal, lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira “ (Surah Ar-Rum: 48)

Atau seperti gelap gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula) di atasnya pula awan; gelap gelita yang tindih menindih, apabila dia mengeluarkan tangannya tiadalah dia dapat melihatnya, dan barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh Allah tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun” (Surah An-Nur: 40)

dari Ibnu Abi 'Ashim, Nabi Muhammad bersabda:
“Sesungguhnya ‘Arasy sebelumnya berada di atas air. Setelah Allah menciptakan langit (yang 7), ‘Arasy itu ditempatkan di langit yg ke-7. Dia jadikan awan sebagai saringan untuk hujan. Apabila tidak dijadikan seperti itu, tentu bumi akan tenggelam terendam air.”

"Dialah yang memperlihatkan kilat kepada kamu untuk menakutkan (daripada panahan petir) dan memberi harapan (dengan turunnya hujan); dan Dia yang menjadikan awan tebal yang berat (dengan air)" (QS. ar-Ra'du: 12).

"Ibn Abbas bertanya kepada Rasulullah mengenai Guruh itu. Dijawabnya, 'Ia adalah satu malaikat yang menjagai Awan, dia membawa lembing-lembing berapi yang digunakannya untuk memandu awan-awan'."Tafsir al-Baidawi, ms.329




DOA, ZIKIR DAN AMALAN MEMUDAHKAN BERSALIN

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 11:58 AM | 3 comments »

Tahun ini, 2 anak saudara saya akan mendapat anak sulung dan seorang anak saudara bakal mendapat anak ke 3. Tak lupa pada Kak Nor yang akan menyambut anak ke-4 serta rakan-rakan ‘seperjuangan’. Tahniah diucapkan. Semoga memperolehi anak yang sihat, soleh / solehan dan comel.

Tujuan utama artikel ini ditulis adalah untuk berkongsi bersama pengelaman ‘sakitnya nak bersalin’ ( masa bersalin x rasa dah sakit.. sebab fikir cepat laa baby keluar ).

Pengelaman mak cu, selepas ada tanda nak bersalin, dah mula rasa sakit kemudian hilang lepas tu sakit lagi (semakin lama semakin sakit ) dan seterusnya sehingga masuk bilik bersalin..

Pengelaman mak cu :
semasa Fiki : 1- 2 jam dalam bilik saringan + bilik bersalin (12 jam sakit)
semasa nazmi : 45 minit - 1 jam dalam bilik bersalin (3 jam sakit)
Semasa Adda : 30 minit dalam bilik bersalin (4 jam sakit – tak sesakit semasa anak ke-2 & 1 tu)
semasa haziq : 10-13 minit dalam bilik bersalin (4 jam sakit – tak sesakit semasa anak ke-3, 2 & 1tu)

Bukan untuk menakut-nakutkan tetapi untuk persediaan fizikal dan mental.
Berdoa banyak2 serta amalkan zikir dan bacaan2 surah berikut dibawah. Bagi yang akan melahirkan anak 2 atau 3 dan seterusnya InsyaAllah dapat rasa perbezaannya.
Zikir dan Doa Semasa Bersalin
Amalan berzikir dan banyak berdoa digalakkan bagi ibu-ibu yang hendak melahirkan kerana ini dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk kesabaran ketika dalam kesakitan melahirkan anak nanti.

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:
1.

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”
2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
3.

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
5.

“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6.

Maha Suci Allah
7.

Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ8.
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq

Surah ini, seorang ustaz menyarankan mak cu membacanya. Mak cu rbanyakan bacaan surah ini serta berdoa, lebih-lebih lagi bila dah dekat tarikh jangkaan bersalin. Syukur Alhamdulillah, mak cu bersalin lebih mudah, cepat dan kesakitan semasa nak bersalin pun kurang, walaupun berat Adda semasa lahir 4.1kg. Semasa mengandungkan Haziq, mak cu memperbanyakan lagi bacaan surah ini serta jangan lupa berdoa semasa mengandungkan Adda. Alhamdulillah lagi mudah, lagi cepat dan lagi kurang sakitya.

10.Sentiasa membaca surah Maryam.


11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Selusuh
Kebiasaannya, orang-orang tua akan menyuruh anak mereka meminta air selusuh daripada orang tertentu bagi memudahkan bersalin.
Namun begitu, tidak ramai yang percaya akan keberkesanan air selusuh. Nasihat saya, jika tidak percaya tidak perlu minta sebab ia tidak akan berkesan sedikit pun bahkan akan menambahkan sakit, sakit hati tentunya.
Bagi yang meyakini air selusuh sebagai salah satu usaha pula perlulah mengambil berat penerangan yang diberikan mengenai cara penggunaan selusuh ini.
Sebenarnya selusuh bukan sahaja berperanan memudahkan bersalin malahan sebenarnya boleh digunakan untuk membetulkan kedudukan bayi songsang tetapi dengan kaedah yang berlainan.
Salah faham yang berlaku dalam masyarakat kita, perubatan Islam ini adalah pilihan terakhir selepas semuanya perlu diubah. Saya sendiri tidak akan membenarkan isteri saya dibedah kerana kedudukan anak yang songsang sebelum mencuba perubatan Islam, berdoa bersungguh-sungguh kepada AlLah.
Pernah berlaku~kisah benar~ seorang ini, anak dalam kandungan isteri dia songsang, dia meminta air selusuh daripada individu tertentu agar dimudahkan bersalin tanpa perlu dibedah kerana doktor menyarankan agar isterinya dibedah.
Ketika melahirkan anak, doktor tersebut terkejut kerana isteri lelaki tersebut tidak perlu dibedah dan melahirkan anak dengan mudah, seolahnya tidak ada masalah sebelum ini.
Doktor tersebut berjumpa dengan si suami, meminta air selusuh yang berbaki kerana isteri doktor itu menghadapi masalah yang sama;bakal dibedah.
Tidak lama selepas itu, doktor tersebut mengirimkan hadiah kepada yang membuat air selusuh tersebut kerana isterinya yang sepatutnya dibedah dapat melahirkan anak secara normal.
Apa yang penting??? Bukan kerjasama yang penting di sini, tetapi keyakinan bahawa ALLAh mampu melakukan apa sahaja yang dikehendaki-Nya.