Blog Widget by LinkWithin



DERHAKANYA JEBAT BUKAN KERANA TUAH..TAPI KERANA ADA BANGSANYA YANG BERPALING TADAH.

sultan atau raja wujud bukan pada zaman kesultanan melaka, tapi ianya wujud sejak zaman nabi lagi..tapi kenapa ada rakyat di malaysia ni masih nak kata raja dan rakyat biasa adalah sama..memang betul..namun Allah telah memberi darjat kepada sultan atau raja-raja ini..di malaysia sama ada melayu, cina, india dan bangsa-bangsa lain telah menerimakeadaan ini..

bangsa-bangsa lain selain melayu telah menerima sultan sejak kegemilangan melaka lagi cuma sekarang ni, ada sekerat dua melayu dan bangsa lain yang dah memang menjadi warga negara pun..yang tak sedar diri atau seolah-olah nak jadi jebat alaf baru.

sultan atau raja adalah lambang kepada kedaulatan dan keharmonian..tapi kenapa bila ada kepenting kepada diri sendiri, kita cuba memohon nak menderhaka kepada sultan.?..sepatutnya DERHAKA ni tidak wujud lagi pada zaman ini..fikir-fikirkanlah.

"Janganlah kau hadir jebat derhaka, kerana Tuah takan kembali lagi"..dan "SEMALAM YANG HILANG" hanya dalam kenangan.

SAJAK "MELAYU OH MELAYU"

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 12:38 PM | 0 comments »

Melayu Oh Melayu
dimana ramainya melayu..
tentunya di pasar malam dan pasar minggu..
berdemonstrasi pun banyak melayu..
di Jom Heboh dahlah tentu..

Melayu oh Melayu
dikedai 4D nasib di adu..
untung nasib untung beribu..
tapi memang mis selalu..
nasib tak baik makan nasi dengan ubi kayu..
muka masam fikiran buntu..

Melayu oh Melayu
dulu kini dan selamanya..
tapi sampai bila..!
jangan melayu mudah lupa..
kata-kata bekas PM kita..
jangan pulak rasa bangga..
yang jadi jutawan sekerat dua..
yang banyak orang cina..
orang melayu sengeh aje..

TERIMA TANPA KASIH

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 4:30 AM | 0 comments »

Terima kasih Israel kerana
menuangkan sengsara di lantai Gaza
membakar hayat dan menanam nafas
tanpa peduli jerit air mata
dan luka derita
anak-anak yang manis dituba
mimpi seni mereka
dengan bedilan dengki dan aksi pura-pura
segalanya harus dikalungkan
buatmu Israel
yang sombong dan hina.

Terima kasih Israel
kerana membiarkan kami sakit hati
dan menyalai marah
di ruang nasib.

TEMA HARI GURU

Posted by ﻨﺠﺠﻪ ﻴوﺴوﻑ | 9:42 PM | 0 comments »

Berakhirnya sambutan Hari Guru pada tahun ini, untuk itu disenaraikan tema Hari Guru dari tahun 1972 hingga 2009 untuk ingatan kita. Rasa belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Guru kepada guru-guru.


2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara


Segala puji bagi ALLAH yg selalu menurunkan ubat pada setiap penyakit, yg diketahui oleh setiap orang yg berilmu dan tidak diketahui oleh orang yg jahil, maka barang siapa yg tidak mengetahuinya hendaklah dia tidak mencela siapa pun kecuali kepada dirinya sendiri, kerana dia telah lalai dalam menuntut ilmu.

Rasulullah saw telah mengajarkan bagaiman ca
ra menyelamatkan diri dari fitnah Dajjal, diantaranya adalah :

i. Selalu beramal dgn doa yg disuruh membaca oleh Rasulullah saw pada akhir setiap solat, iaitu :

maksudnya : “Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari azab Negara Jahanam, dan dari azab kubur dan dari fitnah hidup dan mati serta fitnah Al-Masihuddajjah” (riwayat Muslim dari Abu Hurairah).

ii. Menghafaz surah Al-Kahfi atau sekurang-kurangnya sepuluh ayat pada awalnya atau sepuluh ayat pada akhirnya. Bahkan kalau sesiapa menghafaz tiga awal dari surah Al-Kahfi sahaja pun, maka dia akan terselamat dari fitnah Dajjal.
(Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi dari Abu Darda’ bahawa Rasulullah saw bersabda ; “Barang siapa yg menghafaz 10 ayat dari awal surah Al-Kahfi, dia akan terpelihara dari fitnah Dajjal”.
Dlm hadis Muslim dan Abu Daud meyebut ; 10 ayat pada akhir surah Al-Kahfi”.
Dan dlm hadis yg lain disebut ; 3 ayat dari awal surah Al-Kahfi”.

iii. Barang siapa yg ditakdirkan oleh ALLAH bertemu dan melihat Dajjal, hendaklah dia meludah kearah mukanya seakan-akan dia adalah Khinzib, iaitu syaitan pengganggu solat. Dan hendaklah dia menbaca ayat-ayat Al-Quran pada awal atau akhir surah Al-Kahfi, semoga diselamatkan ALLAH dari Dajjal.

iv. Barang siapa yg mendengar kemunculan Dajjal, hendaklah dia pergi ke kota Madinah dan Mekah dan belindung di sana, kerana kedua negeri itu tidak akan dapat dimasuki oleh Dajjal.

v. Barang siapa yg tidak mampu melakukan empat perkara di atas, hendaklah ia mengelakkan diri dan lari daripada berhadapan dengan Dajjal dan terus menerus berzikir sepertimana yg dianjurkan oleh Rasulullah saw, kerana dgn cara itu Dajjal tidak akan membahayakannya.

Para sahabat bertanya : “Dengan apakah manusia akan hidup (makan) pada waktu itu? (semasa terjadi kemarau panjang dan lain-lain bencana angkara Dajjal)”. Rasulullah saw menjawab : “ Orang-orang mukmin akan hidup dengan Tahlil, Takbir dan Tahmid (wirid dan zikir) akan sama ertinya bagi mereka (org mukmin) dengan makanan (boleh menghilangkan lapar dan dahaga)”. Riwayat Ibn Majah, Ahmad, Ibn Khuzaimah dan Hakim dari Abu Umamah.